.

BREAKINGNEWS!!!!! MENTERI PERTAHANAN MENGAMUK !!!!

Mana-mana pihak yang berterusan memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan negara dalam Ops Daulat diminta mendaftar diri ke kawasan operasi berkenaan bagi berdepan dengan pengganas Sulu bersenjata.

Kenyataan tegas itu dibuat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran masih terdapat pihak-pihak tertentu khususnya kelompok media sosial melontarkan kritikan termasuk hinaan terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat mematahkan serangan pengganas di Sabah.

"Masih ada segelintir yang menghina, memperlekeh pasukan ATM dan PDRM. Saya harap mereka ini akan pergi ke kawasan-kawasan operasi berkenaan.

"Saya akan minta ATM sambut mereka dan lepaskan mereka ke barisan hadapan untuk menghadapi penceroboh-penceroboh ini, katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi semasa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Yang turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Pengerusi LTAT, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dan Ketua Eksekutif LTAT, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Ahmad Zahid berkata, walaupun mendapat kritikan dan hinaan, moral pasukan keselamatan negara dalam melaksanakan Ops Daulat masih tinggi.

"Untuk itu saya juga berharap perkara sama dapat diterjemahkan oleh rakyat, jelasnya

PS: Apa lagi mana yang kuat sangat mencabar tu ..SAMBUT la cabaran Zahid Hamidi ni,cakap besar, cakap pandai , TIAN CHUA , NURUL IZZAH , siapa lagi pembangkang punya pemimpin yang sibuk sangat dengan tugas-trugas askar dan polis di Lahad Datu, ini masa korang nak tunjuk hebat korang. Cakap bergegar kalau dengar silap-silap langit boleh runtuh,tapi habuk pun tak ada. 
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

zippered couch cushion covers said...

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi semasa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.
wholesale salwar kameez online shopping ,
wholesale stitched salwar kameez ,