.

GEMPAR !!!!! FILIPINA ANCAM MALAYSIA,UGUT HANTAR TENTERA !!!!

Filipina Ancam hantar tentera ke Sabah Kerajaan Filipina mungkin berhak menghantar pasukan tenteranya ke Sabah untuk menjaga keselamatan rakyatnya yang didakwa didera dalam operasi keselamatan Malaysia di sana, menurut seorang senator Filipina hari ini.

Penyiar berita ABS-CBN dari Filipina melaporkan dalam lamannya semalam Senator Miriam Defensor-Santiago berkata pasukan tentera adalah dibenarkan untuk menyelamatkan rakyat mereka jika Malaysia tidak dapat menjamin keselamatan mereka walaupun undang-undang antarabangsa menghalang penggunaan tentera tersebut.

“Selagi boleh, kami mahu elak menggunakan tentera,” kata Santiago yang dipetik oleh ABS-CBN semalam.

“Tetapi jika ini sikap Malaysia... maka kita hendaklah mendapatkan pengecualian,” kata bekas pengerusi jawatankuasa hal ehwal luar Senat Filipina itu, sambil menegaskan penggunaan tentera adalah jalan terakhir yang akan diambil Filipina.

Santiago juga mengecam Malaysia kerana menggunakan jet pejuang dan serangan udara untuk menghalau penceroboh Sulu di Lahad Datu pada minggu lepas dengan berkata:

“Ia seperti menggunakan peluru berpandu Scud untuk membunuh lalat.”
Laporan juga mendakwa ekoran tindakan oleh pasukan keselamatan Malaysia yang menyerang penceroboh Sulu serta beberapa penganiayaan keatas warga Filipina juga mencetuskan rasa takut mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan konflik tersebut.


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 comments:

Pinkbubblegumprincess said...

not a good news.. :'(

Seri said...

jika benar pihak filipina menghantar tenteranya ke sabah sudah sah mereka ialah dalang ketiga...kiram 3 cuma dijadikan kambing hitam untuk tujuan tersebut...

Anonymous said...

apakah pihak malaysia saja yang menggunakan cara kekerasan untuk menghalang pencerobohan pengganas suluk.

negara lain juga melakukan perkara yang sama malah lebih teruk seperti US. pihak filipina juga melakukan perkara sama ketika menentang MNLF di selatan filipina.

Talk With Hand said...

alkisahnya kini adalah , mengapa baru hari ini ingin menuntut sabah tu?

2) mengapa perlu melibatkan pengaruh Amerika dan PBB ?

3) mengapa filipinos pulak yg tolong sulu,sedangkan sulu bukan dibawah pentadbiran kerajaan filipinos..

4) benarkah Sultan Sulu Kiram III mengamalkan ilmu kebal dan ghaib utk menyerang sabah, jika benar anggotanya MATI KATAK di BAWAH KETIAK ..

Unknown said...

Mengapa semua permasalahan harus berujung perang apakah gak ada cara lain untuk penyelesaian masalah...kita ini manusia,di sini manusia,disana manusia dan semua manusia akan musnah tapi bukan dngan cara saling membunuh biarkan manusia musnah dengan sendirinya (kehendak allah/kiamat)..
Marilah kita saling berdamai antar suku,bangsa,agama,negara dan benua...
Bila perlu berdamai antar Planet..heee

Unknown said...

Bukankah agama mengajarkan semua umat manusia untuk berbuat baik tidak untuk saling menyakiti antara sesama..
Apakah ini pertanda bahwa dunia ini akan kiamat dengan sikap manusia yg tidak manusiawi lagi yang sikapnya ingin selalu menyerang dan membunuh demi kepuasan dan kekuasaan..
Marilah saudara saudaraku kita diawali berdamai dengan diri sendiri,diri ini damai duniapun ikut damai tidak akan adalagi pertumpahan darah di bumi ini kecuali datangnya hari kiamat.....

Anonymous said...

Klu mcmtu halau je semua rakyat filipina,dh ler numpang pastu buat cite ngarot,xde bukti kkrasan..yg senator ni sebok nk anto tntera,klu mcmtu jge rakyat @ sultan tiram tu dulu jgn sesuke nk ceroboh sana sini..nie seme poyo..

Anonymous said...

'Arief pertama' ayat dh molek la tu,kwn sokong...tpi gambo xmolek,kwn kurang sokong..hehe..sory..