.

GEMPAR !!!! PEMIMPIN PR SELAR,NAFI HINA ANGGOTA KESELAMATAN !!!!


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua menyelar laman berita rasmi parti itu, Keadilan Daily yang didakwa memanipulasikan kenyataannya berhubung Percerobohan Lahad Datu, Jumaat lalu.

Ahli Parlimen Batu itu turut menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa serangan tembak-menembak di Lahad Datu adalah konspirasi terancang UMNO seperti dilaporkan laman berita berkenaan.

"Di sini, saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan menghina mana-mana pihak termasuk pasukan keselamatan negara. Saya serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya, menerusi peguam yang bakal dilantik dalam tempoh terdekat" ujar Tian Chua, Naib Presiden PKR seperti dipetik sumber
Walaubagaimapun Tian Chua tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan mahkamah terhadap pihak pengurusan Keadilan Daily sekalipun jelas laporan yang dikeluarkan Keadilan Daily itu telah "menfitnah" dan mencalar kredibilitinya sebagai pemimpin kanan PKR.

Malah Ketua Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit ketika dihubungi berkata Tian Chua telah memberi penjelasan berhubung artikel yang disiarkan namun tidak mahu memanjang isu terbabit dengan menyerang laman berita berkenaan.

SUMBER:INIGOBLOG



Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: