Konflik yang terjadi kini di Lahad Datu rupanya adalah berpunca daripada kemarahan MNLF terdapat saudaranya sendiri yang berpecah kerana keras kepala pemimpinnya Dr.Misuari terhadap MILF.
Dalam pada masa yang sama,Anwar Ibrahim menyedari bahawa MNLF yang dipimpin oleh Misuari dan MILF sedang bermasam muka antara satu sama lain kerana MILF keluar daripada MNLF adalah kerana ingin mendapat kerakyatan filipina. Kemarahan Misuari yang sekaligus telah menganggap MILF adalah musuh ketatnya kini adalah menjadi punca mengapa MNLF mula menyusun atur kembali gerakan mereka yang bermula di Sabah.
Laporan dalam akhbar tempatan meletakkan tajuk "Jangan Memperkecilkan Nur Misuari!" ini menunjukkan bahawa Nur Misuari tidak bersetuju dengan pelan damai yang ditandatangani antara MILF (Moro Islamic Liberation Front) dengan GPH (Government of the Philippines). Perhimpunan MNLF ini sangat jelas sebagai perhimpunan protes dari pihak MNLF yang dipimpin Nur Misuari terhadap perjanjian damai tersebut yang bukan sahaja menganggap MILF sebagai kumpulan bersenjata picisan malah dianggap sebagai kumpulan pengkhianat.
Kerana ketika MNLF menandatangani Perjanjian Damai Autonomy pada tahun 1996, suku kaum Maranao-Maguindanao yang sebelumnya menyertai angkatan bersenjata MNLF telah berpakat keluar dari MNLF dengan menubuhkan MILF pula, dengan alasan mereka tidak mahu Autonomi tetapi kemerdekaan sebagaimana perjuangan awal. Tiba-tiba hari ini MILF pula yang mengikut jejak MNLF berdamai dengan SANGGUP menerima kerakyatan Filipina, bukan kemerdekaan negara Islam Moro seperti yang mereka laungkan.
Barangkali inilah punca kemarahan utama MNLF terhadap saudara mereka dari kumpulan MILF ini. Iaitu cakap tak serupa bikin, beriya-iya nak teruskan peperangan dengan menentang perjanjian damai MNLF 1996 tapi akhirnya MILF sendiri yang terpaksa menelan segala cakap besarnya terhadap MNLF pada 1996 lalu.
Salah satu dari kemarahan MNLF ialah perjanjian damai yang dimeterai MILF dengan Filipina itu secara automatik telah membatalkan segala perjanjian damai 1996 oleh Nur Misuari yang mewakili MNLF dengan Filipina. Sejak tahun 1996 Nur Misuari menunggu agar perjanjian damainya itu dilaksanakan oleh Filipina tapi malangnya bukan sahaja tidak dilaksanakan oleh Filipina segala fasa dalam perjanjian tersebut malah Filipina bertindak dengan bantuan Malaysia menutupi perjanjian MNLF 1996 itu dengan perjanjian baru MILF-Filipina ini.
Apapun alasan Filipina untuk menafikan hak MNLF sebagai pemeterai perjanjian lebih awal ia nyata sekali tidak boleh diterima samada oleh Nur Misuari mahupun ahli-ahli MNLF sendiri. Di Malaysia, siaran TV tempatan telah melaporkan betapa Malaysia begitu bertuah menjadi ajen pendamai Nusantara sehingga mendapat pujian Ulama' Arab (Syeikh Yusuf Al-Qaradawi) tanpa menyedari bahawa ia bukannya keamanan yang menjadi TOKEN kepada kejayaan Malaysia itu, sebaliknya akan menjadi bibit perang saudara sebagaimana yang digambarkan oleh Nur Misuari sendiri. Sekiranya Malaysia berterusan MENUTUP MATA terhadap keadaan sebenar Sulu dan Mindanao itu, dikhuatiri masalah ini akan menular sampai menyentuh kes Sabah.
susuri rentetan kisah Sebenar "HIDDEN HAND"
2 comments:
Anwar di tangkap lagi? Pru dah dekat la Kah kah kah
hahahah ... jom gugurkan dan gulingkan Anwar Ibrahim ..
Post a Comment