.

GEMPAR!!!!KEMANA MENGHILANGNYA PEMBERONTAK SULU !!!!!!!


Malaysia menolak ‘tawaran’ oleh Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu untuk berunding dengan Malaysia bagi menyelesaikan krisis di timur Sabah.

“Saya kira kita tidak patut menerima apa yang dikatakan sebagai ‘tawaran’ oleh Jamalul Kiram kepada Malaysia untuk mengadakan rundingan di luar negara,” kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika dihubungi Astro Awani.

Menurut beliau, ini kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah jelas menyatakan bahawa pihak penceroboh itu harus harus meletakkan senjata tanpa syarat terlebih dahulu. Kata Zahid, mereka juga perlu menyerahkan diri kepada pihak berkuasa Malaysia andai sebarang rundingan hendak dilakukan.

Kini,setelah dikepung ketat oleh pihak keselamatan Negara kemana pula hilangnya semua penceroboh yang dilaporkan media seramai 200 orang ? 

  1. 1 Mac 2013 : 12 terbunuh
  2. 2 Mac 2013 : 6 terbunuh
  3. 6 Mac 2013 : 1 terbunuh
  4. 7 Mac 2013 : 31 lagi terbunuh
  5. Berita Lahad Datu setakat ini, jumlah kematian 7 Mac 2013 : 52 penceroboh Lahad Datu telah terbunuh
Hilang Bersembunyi Atau Perangkap

Mana mungkin mereka hancur terkena peluru yang dihamburkan oleh pihak Komando dan dan seluruh anggota keselamatan negara yang membuat serangan balas. Ini tidak masuk akal langsung. Jika hancur ditembak sudah pasti akan ada penemuah serpihan daging atau mana-mana anggota badan yang berderai dari badan pemceroboh yang diserang paling-paling tidak serpihan daging manusia.

Jika difikir dari logika akal TWH, ini mungkin juga satu perangkap yang tilah dirancang oleh puak militan sulu. Hanya menunggu masa dan ketika untuk keluar semula membuat sebuah serangan balas secara gerila dan ganas.

Persoalan mengapa Sultan Jamalul Kiram III tidak mahu berundur kini telah terjawap lah sudah.jelas menunjukan bahawa perancangan dan persedian untuk berperang dengan Malaysia sudah pun dirangkakan dengan penuh teliti serta mengikut kapsiti kekuatan tentera yang dirinya miliki.

Berkemungkinan juga mereka yang tidak ditemui sehingga ke hari ini, adalah dikalangan orang tempatan (rakyat malaysia ) yang mempunyai Kad Pengenalan Biru dan telah pun bertukar menjadi orang awam dan menukar pakaian mereka. Ini amat lah menyukarkan keadaan lagi kepada pasukan keselamatan negara untuk membuat pembersihan di kawasan yang terlibat.

Sebarnag kemungkinan boleh berlaku ketika ini, bukan mudah untuk memastikan bahawa negara benar-benar bersih dari anasir-anasir yang tidak diingini seperti pencerobohan puak-puak militan ini. Yang penting adalah kepercayaan dan doa seluruh rakyat Malaysia agar perkara ini dapat diselesaikan oleh pihak pasukan keselamatan negara dengan cara yang betul-betul profesional dan pantas.

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

Unknown said...

jgn lupa jet strike yg gugurkan smartbom seberat 500 poun tu. mgkin byk yg hancur berkecai


Kiram boleh diserahkan kepada Malaysia
Komando USA dalang Lahad Datu ?
HANTU KAK LIMAH 2 DOWNLOAD !! SERIUS NI

Anonymous said...

Pemberontak Sulu bersembunyi bersama-sama dengan penerima IC Tun Dr M. di Sabah.