.

HARUS BACA!!!! APABILA MELAYU HILANG KUASA


31 Ogos 1957 tarikh keramat yang mana ribuan mata melihat,ribuan jiwa rakyat Malaysia tersentuh kerana terharu dengan pengishtiharan KEMERDEKAAN tanah melayu oleh Tunku Abdul Rahman.Pada ketika itu stadium negara dilimpahi pelbagai kaum tanpa mengira bangsa,agama,dan peringkat umur. 

Tetapi pada ketika itu perpaduan dapat dilihat dengan jelas sekali,kasih sayang sesama insan tanpa mengira apa bangsa dan darjat terjalin dengan sendiri,kerana masing-masing inginkan KEMERDEKAAN.Bekorban apa sahaja untuk memastikan perjalanan menuntur kemerdekaan berjalan dengan baik dan sempurna.

12 tahun selepas negara merdeka,pada tahun 1969, tercetusnya satu coretan sejarah Malaysia bila mana rusuhan kaum antara Melayu banjar dan bangsa cina bilamana pentas politik dijadikan sebagai tempat tanpa sempadan untuk meluahkan isi hati antara sesama parti yang bertanding. Pada ketika itu maki hamun,kata-mengata,seperti sebuah perkara yang boleh dilakukan tanpa ada tindakan undang-undang yang bakal dikenakan. 

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama scpanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. 

Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada lapan puluh sembilan kerusi pada tahun 1964 kepada enam puluh enam kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Kini angin politik DAP masih lagi berbaur perkauman yang bakal tercetus ketika malaysia sedang pesat mengejar arus pemodenan dan pembangunan. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila DAP mula mendesak PAS agar kalimah suci tersebut boleh diguna pakai didalam kitab bible versi bahasa melayu.Bagaikan sepantas kilat Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bahawa Kalimah suci tersebut BOLEH digunakan oleh orang bukan islam didalam kitab bible versei bahasa melayu tersebut.

Secara tidak langsung,DAP telah mula menyentuh sensitiviti orang-orang Melayu beragama islam di Malaysia. Namun pada mereka yang taksub kepada era dan cara pemerintahan PR yang banyak auta dari fakta sebenar,maka mereka dianggap sebagai golongan Pro-pembangkang,yang bersetuju apa sahaja yang diberikan oleh pucuk pimpinan mereka.Bukan sahaja isu kalimah Allah, malah isu institusi raja-raja melayu juga dijadikan sebagai bahan politik agar Melayu-Islam di Malaysia dilihat tidak bersatu hanya kerana perbezaan fahaman politik. 

Pengakhiran politik DAP selepas berjaya memecah belahkan bangsa melayu yang hanya memegang 50.1% sahaja daripada 27,484,596 juta orang rakyat Malaysia.Ketika itu seluruh kuasa Melayu sudah hilang,hak keistimewaan Melayu, Raja-Raja Melayu dan sebagainya sudah menjadi samarata apa lagi yang tinggal untuk bangsa Melayu? itu persoalan yang perlu ada didalam kepala otak bangsa Melayu ketika ini. Sungguhpun mempunyai fahaman yang berbeza didalam berpolitik, jangan lah sampai HAK ISLAM itu juga turut tergadai kerana gilakan kuasa pemerintahan negara. 

Pelbagai aspek perlu diambil kira didalam menentukan pemerintahan negara. Bukan hanya setakat bermain dengan isu-isu yang direka semata-mata hanya untuk menjatuhkan pihak yang belum jelas menunjukan bahawa dirinya salah. Ini yang berlaku ketika ini didalam Politik pembangkang,FITNAH, kata-mengata, caci memaki hamun adalah perkara rutin kepada penyokong-penyokong pakatanrakyat. 

Jika mengikut angka pecahan 50.1% adalah populasi bagi orang melayu,jika angka tersebut dibahagikan kepada 3 pecahan mengikut fahaman politik PKR,PAS dan BN, agak-agaknya berapa peratus sebenarnya melayu yang tinggal? Apakah pengakhiran MELAYU di bumi bertuah yang di juangkan sejak dari zaman Hang Tuah sehinggalah hari ini. itu pun masih ada lagi yang ingin mengubah sejarah,siapa lagi kalau bukan Mat Sabu yang cuba mengelirukan rakyat Malaysia berkenaan dengan fakta penentangan terhadap Komunis.Siapa yang cuba ubah? Bukan melayu ke ? Mat Sabu tu siapa? Bangla ke ? jawapanya ada pada diri anda semua. 

Apabila Melayu sudah mula kehilangan kuasa dan hak keistimewaan maka mudahlah untuk mereka (DAP) menindas bangsa Melayu. Apa yang berlaku di Pulau Pinang , adalah gambaran sebenar sekiranya PR memerintah negara. Dimana suara PAS yang memperjuangankan islam selama hari ini di Pulau Pinang? Dimana pulak suara PKR yang rata-rata pengikutnya juga adalah 80% dikatakan datangnya dari bangsa Melayu yang kecewa dengan UMNO.

FIKIR-FIKIRKAN !!!!!!  


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: