.

HARUS BACA !!!!! KESAN PENCEROBOHAN LAHAD DATU!!!


Ini adalah sebahagian kesan yang terpaksa diterima oleh golongan kanak-kanak di sekitar kawasan pencerobohan puak militan sulu sejak 3 minggu yang lalu. Jiwa yang sedang bersemangat untuk menerima ilmu bagi menjamin masa depan mereka terpaksa ditangguhkan sementara sehingga entah bila. 

Begitu juga dengan perkembangan ekonomi setempat Bandar Lahad Datu, Kebanyakan deretan kedai tutup disekitar Bandar Lahad Datu dan Samporna. Sungguhpun Dato'Seri Najib telah mengisytiharkan beberapa Zon Kawalan Khas dibeberapa daerah yang terlibat tetapi penduduk masih berasa takut dan risau jika sebarang kemungkinan bakal terjadi. 

Impak negatif juga turut dirasakan dibahagian sektor perladang.Kebanyakan pekerja-pekerja ladang terpaksa terpaksa mengambil langkah untuk duduk dirumah sahaja kerana puak-puak militan penceroboh kawasan mereka didapati lari masuk ke ladang sawit dan hutan disekitar kediaman mereka. 

Sehingga ke saat ini,PERSOALAN KEMANA HILANGNYA pemberontak-pemberontak MNLF yang menyerang Ladah Datu bersembunyi dan menghilang. Adakah kerana ilmu yang dipakakan oleh Sultan Jamalul Kiram III mampu menghilangkan mereka dari penglihatan psukan keselamatan negara ? Adakah mereka semua hancur terkena tembakan dan letupan bom ? Jika lari keluar meninggalkan Sabah , agak mustahil mereka tidak dijumpai oleh pasukan maritim negara yang mengawal perairan dan sempadan antarabangsa 24 jam. Ini membawa maksud mereka masih berada didalam kawasan Merah sekitar Lahad Datu , Semporna , Kunak dan Sandakan. 

Rakyat harus berikan kepercayaan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan Negara untuk meneruskan tugas-tugas mereka.Kerjasama rakyat juga sangat penting ketika ini untuk membantu pasukan keselamatan negara meneruskna tugas mereka diperbatasan. 





Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: