.

HARUS BACA !!!! SIKAP ULAMAK YANG TIDAK BERANI MUNGKAR AHLI !!!!



Sikap berdiam diri sebahagian ulama dalam pakatan parti pembangkang berhubung tindakan seorang pemimpin mereka menterjemahkan ayat al-Quran sewenang-wenangnya disifatkan tidak berani mencegah kemungkaran.

Hj. Hadi Awang, Nik Aziz dan kuncuncunya perlu mencegah kemungkaran yang dilakukan melalui kuasa yang ada atau membuat teguran secara lisan kepada pihak terbabit.

Perkara itu jelas dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: ''Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangannya (kuasa) dan jika dia tidak mampu, maka cegahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu, maka cegahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman.

Mengapa Pas atau Pkr kalau dalam hal lain mereka lantang menentang, tetapi kalau kena diri sendiri diam pula, ini tidak memberikan keadilan kepada Agama Islam.

Masyarakat amat kecewa dan kesal atas tindakan pemimpin politik bukan Islam di kalangan parti pembangkang yang sewenang- wenangnya menggunakan makna atau tafsir ayat suci al-Quran dalam ceramah politik mereka sehingga terkeluar daripada konteks sebenar. Adakalanya memberikan tafsiran yang salah.

Perkara itu juga berlaku semasa perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), S. Kesavan membahaskan ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan parti itu di Petaling Jaya kelmarin apabila dia membacakan terjemahan yang salah daripada ayat 190 dan 191 Surah Ali-Imran.

Seseorang yang ingin menyampaikan ayat al-Quran kepada orang lain perlu berilmu tidak kira sama ada orang tersebut Islam atau bukan Islam.

Sekiranya orang yang menyampaikan ayat al-Quran ini alim tetapi ternyata dia tidak menyampaikan maksud yang sebenarnya merupakan satu penyelewengan dan berniat jahat dan perlu ditegah kerana menimbulkan keadaan huru-hara dalam masyarakat.

Tetapi kalau dia jahil, tidak tahu sangat tentang agama, dia sebenarnya tidak boleh berbuat demikian, perlu belajar terlebih dahulu dan jangan berlagak. Itu menghina agama Islam namanya.

Kerajaan BN/UMNO tidak takut kepada bukan Islam yang mendekati Al-Quran tetapi kecewa kerana membuat tafsiran Al-Quran dengan cara yang salah???
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: