Kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah menimbulkan seribu tanda tanya kepada banyak pihak terutama apabila gerombolan diketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Jamalul Kiram III mempunyai kelengkapan persenjataan lengkap dan canggih.
Menurut Lokman Nor Adam, bekas penasihat kepada Sultan Rodinood Ibni Almarhum Sultan Mohammad Julaspi (didakwa sebagai waris sah Kesultanan Sulu), kemampuan sultan sebenar ataupun sultan palsu untuk mempunyai senjata canggih termasuk pelancar peluru boleh dipertikaikan memandangkan kemampuan kewangan keluarga kesultanan Sulu adalah terhad.
"Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihan raya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jeferry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak kesultanan Sulu palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniform pun tidak mampu," tambah Lokman lagi.
Malah melihat jumlah kehadiran gerombolan "tentera diraja" Sulu ini disamping kemahiran dimiliki mereka, ternyata gerombolan penceroboh ini telah menerima latihan daripada pihak tertentu sebelum berani untuk menceroboh ke Sabah.
Mungkin hakikat ini sukar diterima sesetengah pihak, namun timbul persoalan, siapakah yang memberi bantuan kewangan kepada gerombolan penceroboh ini sehingga membolehkan mereka mendapatkan kelengkapan persenjataan dan latihan sebelum mereka bertindak menyerang Sabah?
Dalam pada masa yang sama keterlibatan Anwar Ibrahim dan Nurallaj Misuari dalam merencanakan pencerobohan ini wajar dipertimbangkan memandangkan Misuari mempunyai perkaitan dengan kumpulan penceroboh Lahad Datu ini, manakala Anwar pula didakwa beberapa kali menemui Misuari sebelum insiden pencerobohan ini berlaku.

0 comments:
Post a Comment