.

TERKINI!!! KEADAAN SEMASA DI SEKITAR SEMPORNA !!!


Suasana di pekan Semporna dan sekitar perairan kawasan ini kelihatan tenang walaupun pasukan keselamatan negara telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo, Felda Sahabat Lahad Datu di sini awal pagi ini.

Rata-rata penduduk di sini keluar selain beberapa premis di buka seperti biasa.

Ada peniaga Semporna yang gusar tentang keadaan di Lahad Datu hanya membenarkan pembeli melalui bukaan pintu yang kecil untuk membeli keperluan harian di Pasar Baru Semporna

Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui laman Twitternya menyeru agar semua orang berdoa demi keselamatan anggota dan semoga operasi berjalan mengikut apa yang telah dirancang.

Beliau mengulas tentang kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini yang menjelaskan tentang serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu.

BERITA SETERUSNYA SEBENTAR LAGI 


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: