.

TERKINI !!!! LAPORAN MEDIA, KEADAAN TERKAWAL DI SAMPORNA


Gambar Terkini-Kawalan Ketat oleh Pihak Polis di laluan masuk ke kampung 
Sri jaya,Simunul Samporna,Sabah

Suasana di Kampung Sri Jaya, Simunul dan kawasan tertentu di sini kelihatan tenang malam ini selepas enam anggota polis terbunuh dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air itu, semalam.

Dalam kejadian itu, enam anggota kumpulan itu turut maut. Tinjauan Bernama mendapati laluan masuk ke perkampungan itu dan kawasan sekitarnya dikawal oleh anggota tentera dan polis.

Pasukan keselamatan juga menasihatkan penduduk, yang masih tinggal di perkampungan itu, supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Keadaan di bandar Semporna pula tetap aman dan terkawal meskipun ia agak lengang berbanding situasi biasa. Sementara itu, suasana di Lahad Datu juga dilaporkan tenang.

Dalam kejadian di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh dari wilayah selatan Filipina yang dikepung sejak 9 Feb lepas, menyebabkan dua anggota polis dan 12 anggota kumpulan itu terbunuh
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: