.

EKSKLUSIF !!!!!! RAYUAN SEORANG LUPA DARATAN !!!!


Video rayuan kepada sahabat-sahabat dalam UMNO oleh Tan Sri Muhammad dianggap sebagai sebuah video yang JELEK yang layak dimuntahkan aje ucapan Tan Sri Muhammad ni. 

Sama ada Mad Taib sedar atau tidak bahawa kehadirannya untuk menyertai PAS sebenarnya ditolak oleh rakan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR yang secara jelasnya dahulunya Tan Sri Muhammad adalah MUSUH ketat didalam arena politik tanahair sewaktu Tan Sri Muhammad berada didalam Barisan Nasional lagi. 

Kini baru Karpal Singh DAP sahaja yang menyatakan tidak setuju untuk Tan Sri Muhammad menyertai PAS malah menyatakan bahawa Mad TRaib tidak layak untuk menyertai PAS kerana  mereka sedia maklum siapa Tan Sri Muhammad sebelum ini. 

"Hanya orang yang ada rekod baik sahaja harus diterima dalam mana-mana parti termasuk BN mahupun PR," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyertaan tokoh itu dalam Pas Isnin lalu.

Karpal turut mencurigai tindakan Mat Taib untuk bersama Pas dan mengganggap penyertaannya itu tidak ikhlas.

"Motif dia menyertai Pas adalah kerana dia tidak dapat apa dia mahu. Bukan ikhlas... saya rasa dia menyertai Pas," katanya.

Adakah PAS akan serta merta membatalkan penyertaan Tan Sri Muhammad sebagai Ahli PAS sekiranya di Desak oleh rakan sepakatannya iaitu DAP dan PKR yang merasakan tidak selesa dengan kehadiran Tan Sri Muhammad dengan menyertai PAS.

Mungkin Nik Aziz atau Hadi Awang pula akan mengeluarkan kenyataan mereka bahawa DOA MUHAMMAD telah diampunkan , maka layak lah Muhammad untuk menyertai PAS dan mungkin akan diangkat sebagai pemimpin PAS kerana Muhammad adalah orang lama yang berada didalam dunia politik tanah air.






Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: