.

EKSKLUSIF BREAKING NEWS !!!! PENGAKUAN TUN MAHATHIR : DEMOKRASI HANCUR !!!!























Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, calon DAP Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mungkin tidak berpeluang berada di kedudukannya sekarang jika beliau dikatakan seorang manusia jahat yang menghancurkan demokrasi sepanjang 22 tahun memegang jawatan itu.

Menurut bekas Perdana Menteri, demokrasi hidup subur di negara ini kerana setiap orang yang layak bebas bertanding tanpa mengira fahaman politik manakala rakyat diberi hak sepenuhnya untuk memilih wakilnya dan kerajaan dalam pilihan raya umum.

Katanya, jika tiada demokrasi di Malaysia, rakyat akan memberontak seperti di negara-negara Arab sehingga berlakunya kejadian membunuh pemimpin.

"Kalau kita tiada demokrasi, tidak boleh pilih kerajaan, rakyat akan memberontak seperti negara-negara Arab.

"Mereka memberontak, selepas itu tangkap pemimpin kerajaan macam Gaddafi (bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi), mereka bunuh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Interaksi Bersama Pertubuhan-pertubuhan Cina Jerlun di Dewan Tokong Ayer Hitam di sini hari ini.

Gobind dalam ceramahnya di Taman Equine, Seri Kembangan kelmarin menuduh Dr. Mahathir sebagai orang paling jahat kerana menghancurkan demokrasi sedangkan Perdana Menteri keempat Malaysia itulah yang banyak membawa kejayaan kepada negara.

"Apa yang Dr. Mahathir lakukan hanyalah mencipta polisi politik ketakutan serta mengawal media negara ini supaya dapat memberikan laporan yang hanya kerajaan mahu baca," kata Gobind.

Dr. Mahathir berkata, tiada sesiapa pun boleh mengawal media negara ini yang bersifat bebas melaporkan berita dari sudut pandangan masing-masing.

Apatah lagi kata beliau, dengan kewujudan media baharu menerusi internet yang bebas membuat laporan tetapi tidak semestinya benar.

"Kita tidak boleh kawal media. Media di Malaysia ini bebas. Kalau kita baca media mirip kepada kerajaan memanglah dia cerita fasal kerajaan tetapi kalau baca Harakah dan Roket (lidah rasmi Pas dan DAP) tentulah dia tulis berkenaan dia sahaja.

"Kalau dia nak masuk cerita tentang kebaikan kerajaan dalam Harakah atau Roket, kita boleh buat bagi dia. Namun, masing-masing ada media sendiri, dia bebaslah. Nak kata tak bebas tak betullah," katanya.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment