PERATURAN kesalahan-kesalahan pilihanraya antara lain menghalang calon mengadakan kempen selepas jam 12 tengah malam sebelum tarikh pengundian. Dalam kempen PRu13 kali ini, waktu tersebut ialah pada jam 12.00 tengah malam tadi.
Tapi calon DAP bagi ParlimenPetaling Jaya Utara, Tony Pua sebentar tadi didapati masih berkempen, berucap dan sebagainya di Stadium Mini Kelana Jaya walaupun waktu berkempen secara rasminya telah tamat.
Penulis yakin laporan mengenai perkara tersebut akan diserahkan kepada SPR secepat yang mungkin tapi dalam masa yang sama, kita bolehlah berkira-kira untuk melihat Tony Pua hilang kelayakan sebagai Ahli parlimen kalau dia menang dan kes ini diputuskan oleh SPR nanti.
Kita harap SPR bertindak tegas, dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas Tony Pua. Jangan sebab dia pemimpin DAP/pembangkang dan SPR berasa ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Publisiti parti berlambangkan roket tersebut.
Ini kesalahan yang sangat besar, berkempen selepas waktu yang ditetapkan tamat. Bahkan penulis mendengar bukan itu sahaja masalahnya dengan kempen Tony Pua di Kelana Jaya tadi, ada juga hasutan berbaur perkauman kononnya cina sudah bersedia mengambil alih Malaysia selepas PRU tamat.
Menunjukkan disitu bukan sahaja SPR yang perlu bertindak, polis juga perlu mengambil tindakan segera sebelum masalah ini lebih merosakkan negara ini. Puak-puak ini sudah tahu kalah, jangan dibiarkan dia meninggalkan tahi pula.
SUMBER: MyKMU.NET
0 comments:
Post a Comment