Filem yang bakal dikeluarkan kononya sebelum kemunculan "TANDA PUTRA" bakal diharamkan untuk ditontonkan di seluruh pawagam di Tanahair seminggu sebelum tibanya tarikh kemerdekaan Malaysia.
Laporan yang ditulis KHAS oleh sahabat blogger TWH , jelas menunjukan bahawa Filem ini adalah sebuh filem bagi memesongkan HAKIKAT sebenar FAKTA sejarah tanahair yang pernah menjadi sebuah pengalaman ngeri kepada mereka-mereka yang telah lahir pada ketika zaman MPAJA diwujudkan.
Syarikat Astro Shaw adalah sebuah syarikat yang telah lama berkecimpung didalam arena perfileman tanahair , sebut sahaja Shaw Brothers dahulu siapa yang tidak kenal dengan mereka. Shaw Brothers yang banyak mendapat keuntungan hasil lakonan P.Ramlee dan rakan-rakan seangkatan di Singapura dan Kuala Lumpur dahulu.
Rakan kami di LPF, di mana LPF pada mulanya memberi kelulusan penayangan filem kontroversi "The New Village" yang diterbitkan oleh Astro Shaw telah menceritakan banyak isu berbangkit yang amat memeranjatkan kami.
Jika menurut daripada jalan cerita filem ini , secara jelasnya adalah untuk menggambarkan kisah cinta antara seorang gadis berbangsa cina yang berlatar belakangkan sebuah keluarga miskin yang jatuh hati kepada seorang lelaki cina yang menyertai komunis untuk membalas dendamnya terhadap british yang bertindak kejam terhadap keluarganya.
Ah Nam (membawa watak Chin Peng ) adalah HERO didalam filem tersebut. Adegan bermula apabila sebuah keluarga cina yang berfahaman Pro-Komunis ini menyembunyikan Ah Nam setelah diburu oleh sepasukan tentera British yang sedang berusaha untuk menumpaskan gerila pada waktu tersebut.
Kerana diselamatkan oleh anak gadis keluarga LIM , maka adegan pengubahan fakta sejarah bermula kerana diselitkan kisah cinta antara Ah Nam dan anak gadis keluarga tersebut.
Bermulalah propaganda Cina Komunis bahawa penjajah British dan Jepun kedua-duanya adalah Penjahat sebaliknya Cina Komunis (PKM) digambarkan baik dan mulia. Perkara ini dibuktikan semasa insiden rumah keluarga Lim diroboh & diarah pindah ke petempatan baru yang berpagar. Plot filem ini didapati sengaja menunjukkan propaganda bahawa sesiapa yang tidak mahu berpindah dituduh sebagai penyokong Gerila Komunis (PKM). Akhirnya dengan air mata kemarahan, kebencian dan dendam kepada "kerajaan', keluarga Lim terpaksa berpindah.
Nota : Sepatutnya Produser memberi gambaran yang lebih tepat bahawa peristiwa berpindah itu dikenali sebagai Rancangan Briggs yang bertujuan menghalang kegiatan Komunis yang mengancam keselamatan penduduk yang tinggal di pinggir hutan. Malangnya Prosedur memberi gambar sebaliknya, iaitu perpindahan tersebut sebagai suatu kekejaman kepada masyarakat Cina Komunis.
FAKTA
Semasa pemerintahan British, orang cina tidak diperlakukan seperti hamba atau dipaksa untuk berada di Tanah Melayu. Kehadiran mereka di sini adalah sebagai pekerja, yang dibayar sejumlah wang untuk bekerja dengan majikan inggeris atau India.
Orang cina kemudian berjaya mengembangkan kekayaan mereka dengan aktiviti perdagangan di antara diri mereka dan penduduk tempatan. Orang-orang melayu sangat mengalu-alukan kehadiran mereka malah turut membantu mereka membina penempatan kecil yang berhampiran dengan kampung melayu di serata Malaysia.
CINA TUBUH MPAJA
Walau bagaimanapun, semasa perang China-Jepun, orang Cina di Malaysia telah menjadi resah. Mereka tahu bahawa Jepun akan datang ke Tanah Melayu tidak lama lagi. Jadi, mereka terpaksa melakukan sesuatu untuk memastikan bahawa mereka boleh 'survive' dari serangan tentera Jepun.
Namun begitu, pihak British telah menyakinkan orang cina bahawa mereka akan melindungi Tanah Malayu dan semua penduduknya tetapi orang cina masih tidak yakin dan mereka menuntut pihak British memberi senjata api dan latihan ketenteraan kepada mereka. Keengganan pihak British menunaikan permintaan orang cina akhirnya mereka terpaksa mewujudkan gerakan sendiri yang dinamakan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army).
DERITA ORANG MELAYU
Berbeza dengan orang cina, orang melayu telah diberi layanan yang buruk oleh British semasa Jepun menakluki Tanah Melayu. Orang melayu juga tidak dibenarkan menubuhkan unit tentera melayu. Walau bagaimanapun, British telah mewujudkan Unit Khas untuk orang melayu menyertai Tentera British iaitu Rejimen Askar Melayu. Rejimen Askar Melayu tidak bebas bertindak. Mereka hanya boleh bertindak dengan perintah daripada kerajaan British.
Selepas era peperangan, orang melayu masih berkhidmat dengan British dan Cina (dengan senjata yang dibekalkan oleh British) masuk ke dalam hutan di Malaysia dan mewujudkan militia mereka sendiri. Ironinya, orang cina menggunakan senjata yang dibekalkan oleh British untuk melawan British dalam misi untuk mengubah Tanah Malayu menjadi sebuah negara komunis.
KEGANASAN KOMUNIS
Komunis telah menzalimi rakyat Tanah Melayu. Pemberontak komunis bukanlah wira perjuang kemerdekaan seperti yang orang cina fikirkan. Mereka membunuh, merogol dan merampas segala-galanya yang dimiliki rakyat.
Kerajaan British dengan kerjasama pemimpin tempatan cuba membantu rakyat Tanah Melayu terutamanya kaum Cina dengan melaksanakan pelbagai dasar dan protokol. Ini juga melibatkan penempatan semula masyarakat Cina dalam "Kampung Baru" supaya mereka boleh melindungi orang cina dari serangan komunis.
Parti Komunis Malaya lebih gemar memilih untuk menyerang dan mempengaruhi pemikiran orang cina untuk memudahkan mereka mendapatkan makanan dan maklumat. "Kampung Baru" telah menjadi sebuah penempatan yang aman dan harmoni dan ramai orang Cina memilih untuk tinggal di kampung berkenaan.
Secara jelasnya filem "The New Village" ini adalah menggambarkan bahawa orang cina berfahaman Pro-Komunis adalah WIRA kepada tanahair. Jelasnya filem ini adalah berpaksikan kepada perkauman yang sangat tinggi. Fakta sejarah yang diubah seara TOTALNYA adalah bersifat RASIS.
Jika benar filem ini adalah dedikasi kepada warga yang telah mengharungi zaman perjuangan kemerdekaan tersebut , kemana semua askar melayu pada ketika itu ???? Ini persoalan yang perlu dijawab dahulu oleh Astro Shaw sebelum memekak untuk menyiarkan juga filem ini diseluruh tanahair.
1 comments:
continue reading this replica bags online this hyperlink gucci replica bags why not try this out Louis Vuitton fake Bags
Post a Comment