.

HARUS BACA !!!!!! BTN- UMPAMA TIKUS MEMBIKI LABU !!!!!!



Ramai yang merasa gusar apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mencadangkan agar BTN dikaji semula. Kegusaran itu semakin meningkat apabila saranan Khairy disambut dengan ‘tepukan gemuruh’ oleh DAP. Blog Lim Kit Siang turut menyiarkan semula tulisan setiausaha politiknya di Malay Mail yang menyokong penuh saranan Khairy yang bertajuk “Appauding Khairy’s Suggestion to Revise BTN”. 

Seperti yang kita tahu, BTN sentiasa menjadi masalah besar kepada DAP. Bagi DAP, BTN seolah-olah lambang kekuatan UMNO dan merupakan alat untuk mengeluarkan produk pro-UMNO. 

Hakikatnya, visi BTN adalah sebagai peneraju patriotisme dan misinya adalah untuk menyampaikan program kecemerlangan patriotisme melalui pendidikan, latihan, kesedaran dan perkongsian strategik. Dalam kata lain, BTN adalah bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara. 

Malangnya DAP menganggap ‘semangat cintakan negara’ sebagai ‘semangat cintakan UMNO’. Bagi DAP, sayangkan Malaysia bermakna sayangkan UMNO. Justeru, tidak hairanlah apabila anak-anak Cina mempermainkan lagu Negaraku dan menterbalikkan bendera Malaysia dengan penuh kebencian dan dendam kesumat. Bagi mereka, bencikan UMNO harus juga bencikan Malaysia. 

Oleh itu, DAP berjuang untuk merampas kuasa politik dari orang-orang Melayu, yakni UMNO kerana bagi mereka, negara ini bukan negara mereka selagi ia diperintah oleh orang Melayu-Islam-UMNO. 

Walaupun UMNO bukan satu-satunya parti politik Melayu, namun hanya UMNOlah yang menjadi lawan DAP kerana ia membawa semangat membela dan mempertahankan ‘bangsa’. Jika DAP berjuang atas nama kuasa bagi Cina, UMNO pula berjuang untuk mempertahankan kedudukan Melayu di negara ini. Bezanya, DAP tidak menggunakan nama ‘Cina’ bagi partinya dan berselindung di sebalik nama ‘rakyat Malaysia’ manakala UMNO pula ikhlas berdiri atas nama ‘Melayu’. 

Jelas, UMNO tidak punya agenda jahat dan tidak perlu berselindung dalam memperjuangkan keadilan untuk Melayu tetapi DAP terpaksa menyamar kerana ia perlu menyembunyikan agenda perkauman parti itu. 

Selagi UMNO kuat, selagi itulah sukar untuk DAP menguasai politik negara. Untuk melawan UMNO, DAP perlu terlebih dahulu menghapuskan semangat cintakan negara dari kalangan rakyat Malaysia. Apabila semangat cintakan negara semakin pupus dan identiti Melayu semakin terhapus, maka UMNO akan hancur dengan sendirinya.

PAS, walaupun merupakan parti Melayu, ia bukanlah lawan DAP kerana parti itu kononnya hanya mempertahankan Islam dan enggan membela Melayu. Sesuatu kaum yang tidak membela kaumnya sendiri pastinya tidak akan kuat dan PAS telah membuktikan ayat ini, di mana PAS kini sentiasa berada dalam keadaan melutut di kaki DAP. 

Dan keengganan PAS untuk bersama UMNO membela kaum sendiri telah menyebabkan bangsa Melayu keseluruhannya semakin hari semakin lemah di bumi sendiri. 

Berdasarkan hakikat ini, cadangan Khairy untuk mengkaji semula BTN perlu diambil perhatian serius oleh semua umat Melayu. 

Menurut Khairy, BTN tidak perlu merangkumi modul ‘berterima kasih kepada kerajaan’ di mana anak muda perlu dididik untuk berfikir dan memilih jalan sendiri. Menurut Setiausaha politik Lim Kit Siang pula, BTN membentuk orang Melayu menjadi rasis. 

Mungkin mereka mempunyai asas untuk berkata demikian. 

Namun, apa yang dikhuatiri ialah modul baru yang bakal diperkenalkan gagal menghayati realiti sebenar masalah perkauman di negara ini serta akur kepada desakan DAP yang sebenarnya mempunyai agenda perkauman tersendiri walaupun asyik terjerit terlolong kononnya merekalah ‘bangsa Malaysia’ yang sebenarnya. 

Dalam kata lain, kita khuatir kalau-kalau Menteri Belia dan Sukan terlepas pandang bahawa yang bermasalah ‘rasis’ di sini bukanlah Melayu, tetapi Cina. 

Bayangkan apa akan terjadi jika kaum Melayu hilang semangat cintakan bangsa tetapi kaum Cina terus memperkukuh dan meningkatkan semangat perkauman mereka? Bukankah ini telah pun berlaku dan boleh dilihat di dalam diri Menteri Belia dan Sukan sendiri? Jika tidak, tidak mungkin beliau digelar Melayu liberal dan bangga mengaku diri sebagai ‘liberal-centrist’. 

Perlu diingat bahawa Melayu hanya ada Malaysia, tetapi Cina ada negara Cina untuk menyatakan kewujudan mereka di dunia ini. Cina tidak akan hilang jika mengaku diri sebagai ‘bangsa Malaysia’ tetapi Melayu akan lenyap jika enggan mengaku diri sebagai Melayu. 

Orang Melayu pada dasarnya, cukup faham bahawa semangat cintakan bangsa, tidak semestinya berbentuk rasis. Selama ini pun orang-orang Melayu telah membuktikan yang mereka bukanlah bangsa yang rasis. 

Orang-orang Melayu tidak kisah membeli belah di kedai milik Cina sehingga memungkinkan Cina menguasai ekonomi negara. Pun begitu, peniaga Cina tetap ingin mengsabotaj ekonomi Melayu dengan menggunakan kuasa ekonomi yang ada pada mereka. Pengguna di kalangan Cina juga sebolehnya tidak akan membeli belah di kedai Melayu. -- Ini realiti. 

UMNO tidak kisah memberi projek kepada kontraktor Cina sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga majoriti orang Cina menguasai tangga tertinggi senarai terkaya di Malaysia. Pun begitu, orang Cina masih menyalak sekiranya antara senarai itu terdapat dua tiga orang Melayu. -- Ini juga realiti. 

Sifat perkauman Cina bukan ilusi, tetapi realiti, yang mana dikhuatiri pak-pak menteri Melayu seperti Khairy yang tidak pernah bersaing dalam dunia sebenar di luar ini, tidak mampu memahaminya. 

Justeru, inilah ditegaskan bahawa sekiranya BTN perlu dikaji semula, ia tidak harus mengenepikan objektif untuk memupuk kesedaran dan kecintaan kepada bangsa dan negara, tetapi ia harus diperluaskan lagi secara adil bagi kesemua kaum. 

Jika benar sayangkan Malaysia, maka semua kaum termasuk kaum Cina wajib mengikis sifat perkauman mereka terlebih dahulu sebelum meminta kaum lain bersikap terbuka. 

Kesimpulannya, BTN tidak rosak, maka kita harap tidak perlulah ia dirosakkan melalui makmal yang memakan jutaan ringgit wang rakyat lagi. 

Jika ingin lakukan penambahbaikan, pastikan ia mengambilkira semua pandangan dari semua golongan serta nasihat dan pendapat dari mereka yang lebih matang dan bijak yang telah melalui susah senang hidup di negara ini, bukannya pandangan satu pihak sahaja seperti anak-anak muda era ‘gaya-hidup syok sendiri entah apa-apa’ yang tidak faham pun apa itu jati diri dan apa itu identiti.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: