.

HARUS BACA !!!!!! HARI KE-16 OPERASI MENCARI MH370!!!!


Memasuki hari ke-16, tiada sebarang clue berkaitan pesawat tersebut, atas sebab itu, pasukan mencari dan penyelamat yang diketuai Malaysia, akhirnya menerima pakai data satellite daripada immarsat British dan Amerika, sebagai satu-satunya pilihan bagi menghidupkan peluang operasi mencari dan menyelamat MH370.

Penggunaan satellite, merupakan kaedah yang julung kali digunakan bagi operasi mencari dan menyelamat kejadian seumpama ini, atas sebab data satellite mempunyai banyak kelemahan, selain data not in real time, juga data tidak dapat menunjukan lokasi sebenar. Atas sebab kelemahan itu, maka operasi mencari dan menyelamat dibahagikan kepada dua koridor luas, selatan dan utara. Selatan meliputi barat laut Australia dan Lautan Hindi, di mana Pengkalan Tentera Amerika terletak, Diego garcia. Utara, termasuk negara-negara bekas soviet union, Pakistan dan Kepulaun Andaman.

Memasuki minggu ke-2, ada yang berspekulasi, bahawa makluat pesawat itu, sebenarnya diketahui pihak Amerika dan Isreal. Amerika telah menghentikan penggunaan kapal laut, namun menggunakan pesawat jarak jauh, alasan yang diberikan bahawa penggunaan kapal laut, tidak lagi sesuai bagi operasi yang meliputi liputan yang sangat luas, mencecah 2.3 juta persegi batu nautika. Sementara Isreal pula memperketat ruang udaranya. Berasaskan tindakan Amerika dan Isreal tersebut, adalah dipercayai, bahawa pesawat MH370, masih intake, dan telah didaratkan di suatu lokasi rahsia.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin hari ini mendedahkan satelit China telah menjumpai objek yang berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

Menerima maklumat itu semasa taklimat hariannya petang ini, Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata objek itu berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.

Beliau menambah bahawa maklumat itu disampaikan kepadanya oleh kedutaan China di Kuala Lumpur dan kerajaan China akan membuat pengumuman mengenai perkara itu lewat hari ini.

Menurut agensi berita Xin Hua, objek tersebut berada di selatan Lautan Hindi, kira-kira 120km daripada objek lain yang ditemui satelit Amerika Syarikat yang didedahkan oleh Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada Khamis.

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: