.

HARUS BACA !!!! PRK KAJANG BUKAN PENENTU HALA TUJU MASYARAKAT CINA !!!!



Blog Helen Ang telah menyiarkan kenyataan penuh Perdana Menteri Malaysia kepada Parlimen bersabit Ops Lalang pada 28 Oktober 1987 yang mana penulis anggap sebagai relevan dengan apa yang berlaku hari ini. Di sini, penulis memetik semula sebahagian dari kenyataan tersebut, khas untuk renungan seluruh rakyat Malaysia, amnya dan para pengundi di Kajang, khasnya: 

“DAP sengaja mengejek parti Cina dalam Barisan Nasional sebagai “running dogs” parti Umno.Dengan ini maka semakin bertambahlah usaha parti Cina dan India dalam Barisan Nasional untuk membuktikan bahawa mereka juga kuat dari segi perkauman bahkan lebih kuat lagi daripada DAP dan pemimpin-pemimpinnya. Berbagai isu dijadikan asas ujian tentang siapa lebih kuat perkaumannya.

Beberapa daripada isu-isu ini amat sensitif termasuk soal tarian singa, soal koperasi, soal papan tanda dan iklan, soal bahasa Cina, soal Bukit Cina, soal pakaian, soal ikrar murid di sekolah, soal matapelajaran elektif di Universiti Malaya, KBSR, soal pribumi Bumiputera dan akhir-ahkir ini soal guru sekolah Cina.”

Sedar atau tidak, semua yang berlaku pada 1987 tersebut sedang berlaku pada hari ini sekali gus, membuktikan bahawa walaupun selepas tragedi berdarah 1969 dan sehinggalah ke hari ini, DAP tidak pernah menukar objektifnya mahupun strateginya,. 

Isu bahasa Cina, guru sekolah Cina, matapelajaran di Universiti dan di sekolah, isu bumiputera terus menjadi masalah buat DAP. Mana-mana pihak dari kaum Cina yang berpegang kepada kontrak sosial dan menerima hakikat keperluan berasimilasi dengan bangsa Melayu akan dicemuh sebagai ‘anjing UMNO’ oleh DAP. 

DAP menolak perpaduan melalui kontrak sosial dan ingin pastikan agar kaum Cina tidak berasimilasi, apatah lagi duduk di bawah pemerintahan Melayu. DAP inginkan agar negara ini diperintah oleh Cina serta ditukar acuannya seratus peratus. 

Untuk itu, DAP menggunakan sekolah vernakular serta akhbar-akhbar berbahasa Cina untuk memburukkan UMNO dan kerajaan. UMNO digambarkan sebagai korup, bodoh dan rasis serta menindas orang-orang Cina. 

Kita hairan kenapa masyarakat Cina begitu mudah terpengaruh dengan DAP. Bukan mereka tidak tahu bahawa jika korup yang menjadi isu, maka DAP adalah jauh lebih korup lagi. DAP sanggup memanipulasi pemilihan parti sendiri. Malah, Teoh Beng Hock ‘terpaksa’ mati bagi menutup salah laku pemimpin DAP. 

Jika benar UMNO sebodoh yang didakwa DAP, maka tidak mungkin Malaysia mampu berdiri teguh sepertimana hari ini. Segala pencapaian Malaysia, sehingga pernah digelar Harimau Asia adalah di atas kebijaksanaan pemimpin UMNO. 

DAP berhujah pula bahawa kemajuan Malaysia hanya dicapai kerana kaum Cina bijak berniaga dan menjana ekonomi negara. Hujah DAP ini sekali gus membuktikan bahawa UMNO tidak pernah menganaktirikan kaum Cina dan mereka diberi peluang sehingga mampu menjadi mendominasi ekonomi. 

Hakikatnya, kaum Cina berjaya di Malaysia kerana UMNO memerintah dengan adil dan kerana orang-orang Melayu yang mewakili pengguna terbesar, tidak pernah bersikap rasis. 

Semua ini adalah fakta jelas, tetapi malangnya kaum Cina tidak mampu mencernanya kerana pemikiran mereka telah dihasut oleh DAP selain bersifat rasis tegar semulajadi. 

Setelah menikam UMNO di belakang pada PRU-13 yang lalu, kaum Cina kekal dengan sikap degil dan enggan mengakui hakikat ini. Mereka masih bercita-cita ingin melihat negara ini dikuasai oleh kaum Cina kerana percaya yang mereka mampu menjadi lebih kaya jika Cina yang menjadi pemerintahnya. 

Pepatah ada berkata bahawa ‘orang tamak selalu rugi’ dan percayalah bahawa ketamakan orang-orang Cina itu bakal membawa kerugian kepada diri mereka dan juga seluruh negara. Bijakpandai juga mengatakan bahawa ‘orang yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum mengulangi sejarah itu berkali-kali’. 

DAP menolak sejarah mengenai komunis dan 13 Mei yang mana kedua-duanya didalangi oleh kaum Cina. DAP menanam kepercayaan di kalangan masyarakat Cina bahawa sejarah itu telah dimanipulasi oleh UMNO. DAP berbohong kerana ingin memperlihatkan orang Cina sebagai hero dan sebagai pihak yang baik. 

Apa yang menyedihkan ialah orang-orang Cina menerima pembohongan DAP bulat-bulat tanpa berfikir langsung. Mereka percaya UMNO itu jahat dan Melayu itu bodoh. Mereka percaya yang DAP akan mampu memerintah dengan lebih baik. Atas semangat rasis semulajadi, orang-orang Cina melihat penindasan DAP terhadap orang-orang Melayu di Pulau Pinang sebagai wajar.

Orang-orang Cina tahu bahawa satu-satunya cara untuk memenangkan DAP adalah dengan turut memberi sokongan kepada PKR dan PAS setiap kali pilihanraya. 

Walau apapun berlaku, sebagai pihak yang lebih matang, lebih rasional dan lebih bijak, orang-orang Melayu tetap memberi peluang dan mengharapkan orang-orang Cina berubah dan mampu berfikir. Kita mengharapkan agar orang Cina tidak mudah diperdaya oleh DAP sehingga menjadi buta akibat terbawa-bawa dengan emosi benci, angkuh dan tamak. 

Dan Pilihanraya Kecil Kajang sepatutnya menjadi platform terbaik untuk menguji orang-orang Cina. Namun, walau apapun keputusan PRK ini, kita tidak harus terlalu cepat percaya dengan apa yang dipertontonkan masyarakat Cina. 

Kini, persoalan di Kajang ialah: apakah masyarakat Cina sanggup memilih seorang boneka sebagai ADUN hanya kerana beliau mewakili PKR? Atau apakah mereka bakal memilih calon BN hanya kerana beliau seorang Cina? 

Sekiranya orang-orang Cina memenangkan BN di Kajang, maka persoalan seterusnya ialah: Apakah ia satu lagi permainan politik mereka untuk meningkatkan tuntutan dan desakan ke atas kerajaan dalam menghadapi PRU-14?

SUDINSAHAK
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: