Seperti yang sedia maklum bahawa Wan Azizah adalah sebagai pengganti kepada Anwar ibrahim setelah Anwar didapati bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari.
Namun dalam pada masa yang sama Konvensyen Parti KeAdilan Rakyat yang baru sahaja diadakan pada sabtu dan ahad lepas sebulat suara telah membuat keputussan untuk memilih 3 calon yang berkredebiliti tinggi seperti Rafizi , Tony Pua dan Dr.Dzulkifly Ahmad sebagai pengganti kepada Anwar Ibrahim.
Tidak sampai sejam keputusan dibuat oleh ahli majlis tertinggi PKR didalam konvensyen tersebut , Anwar Ibrahim tiba-tiba membuat keputusanya sendiri untuk menjadikan Wan Azizah isterinya sebagai calon yang layak untuk menggantikan dirinya di dalam Pilihanraya kecil Dun Kajang.
Anwar Ibrahim seolah tidak menghormati pemilihan yang dibuat sebulat suara oleh ahli PKR sewaktu pemilihan dibuat menerusi Konvensyen tersebut.
Ada yang menyifatkan bahawa Anwar Ibrahim cuab menutup keaiban isterinya yang menjadi presiden parti tersebut tanpa menjadi mana-mana Ahli parlimen atau Adun bagi mana2 kawasan atau negeri yang diperintah oleh pembangkang. Anwar juga menyedari bahawa ahli PKR terutama sayap-sayap PKR terutama pemuda parti tersebut tidak bergerak seiiring dengan apa yang cuba dirancangkan oleh Anwar.
Perkara ini juga tidak menolak kemungkin bahawa terdapat konflik didalam system parti tersebut.
0 comments:
Post a Comment