Berikut adalah pengakuan Wan Azizah yang diangkat sebagai calon PRK DUN Kajang yang menggantikan suaminya Anwar Ibrahim kerana telah disabitkan dengan kesalah meliwat saiful Bukhari.
Wan Azizah yang sejelasnya menunjukan respon yang negatif apabila ditanyakan oleh wartawan berkenaan dengan kesediaan dirinya untuk menjadi calon di PRK Dun Kajang secara nyata memberitahu kepada wartawan bahawa dirinya melibatkan diri didalam arena politik adalah kerana suaminya Anwari Ibrahim dan bukan dari kehendak dirinya yang memang ingin bertanding didalam Pilihanraya Kecil Dun Kajang.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengakui penglibatannya dalam politik selama ini kerana terpaksa dan semata-mata untuk membela suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mangsa ketidakadilan.
Beliau yang merupakan calon PKR bagi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkata, segala-galanya bermula pada 1998 ketika Anwar pertama kali dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan meliwat.
Menurut Wan Azizah, selepas suaminya dibebaskan, dia kemudiannya membuat keputusan untuk berhenti berpolitik, namun menarik balik niat tersebut baru-baru ini apabila Anwar yang juga Ketua Pembangkang sekali lagi dihukum atas kesalahan sama pada 7 Mac lalu.
"Saya tidak sangka akan jadi calon selepas 11 Mac, kerana (walaupun) sudah lama saya berkecimpung dalam politik, kerana bukan pilihan saya sendiri, tetapi saya terpanggil pada 1998 apabila terjadi tragedi hitam dalam hidup kami, maka saya terjun dalam politik.
"Saya fikirkan apabila suami saya bebas dan rakyat bersatu, kita lihat banyak perkembangan serta lonjakan politik dalam negara, saya rasa syukur Alhamdulillah, sudah buat apa yang mampu.
"Tetapi sampai 7 Mac, bila jatuh hukum pada petang Jumaat itu, saya rasa sungguh tidak tahan apabila jatuh hukum lima tahun penjara dan mendengar laungan reformasi di luar mahkamah, saya merasa inilah masanya untuk turun padang," katanya ketika memberikan ceramah di Taman Koperasi CUEPACS, Kajang di sini malam tadi.
Wan Azizah pada 2008 pernah melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding kerusi tersebut.
Anwar pernah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu Wan Azizah, Azizan Abu Bakar, namun sabitan tersebut berjaya diketepikan melalui keputusan Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004.
Beliau yang disifatkan sebagai 'anugerah tuhan' oleh isterinya, sekali lagi disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Sementara itu, ketika berceramah, Wan Azizah sedikit pun tidak menyentuh mengenai masalah rakyat atau khidmat yang akan diberikan kepada pengundi Kajang sekiranya menang, sebaliknya beliau terus memainkan sentimen perasaan untuk meraih undi simpati daripada mereka meskipun pada masa sama, cuba menafikannya.
"Jadi, terutamanya orang Kajang, di sinilah tempat saya turun merayu, bukan simpati tetapi melihat ketidakadilan yang berlaku itu tanggungjawab kita bersama untuk membela orang yang tertindas," katanya.
PRK DUN Kajang pada 23 Mac ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dan Wan Azizah selepas kedua-duanya menyerahkan borang pencalonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sempena hari penamaan calon semalam.
Kerusi DUN Kajang kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang sebelum ini, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lalu mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar, namun hasrat tersebut tidak kesampaian selepas beliau hilang kelayakan kerana sabitan kesalahan meliwat yang dihadapi.
0 comments:
Post a Comment