.

[UPDATE PRK DUN KAJANG]!!!HARUS BACA !!!!!!! WAN AZIZAH BUKAN CALON PILIHAN KAMI !!!!!!



Calon gantian Anwar Ibrahim iaitu Wan Azizah yang menggantikan dirinya setelah hilang kelayakan untuk bertanding di Dun tersebut adalah bukan calon yang menjadi pilihan pengundi Cina khususnya pengundi dari parti asal dun tersebut adalah DAP. 

TWH sempat menemubual salah pengundi parti pembangkang tersebut ketika turut serta menghadiri majlis kempen calon Dr.Wan Azizah di Sg.Sekamat semalam.

"Ini bukan calon yang kami inginkan." 

"Jika benar Anwar Ibrahim menjaga hak dan kepentingan DAP didalam Pakatan Rakyat mengapa kami perlu berada didalam keadaan seperti PAKSA RELA untuk memenangkan Wan Azizah yang dipilih oleh Anwar Ibrahim sendiri."

Strategi Anwar Ibrahim. 

Selepas PRK Dun Kajang selesai , Anwar Ibrahim sudah pasti akan berada didalam penjara bersama-sama dengan pengikut setia merangkap punaisihat undang-undang kepada Anwar Ibrahim iaitu Karpal Singh. 

5 tahun, itulah tempohnya Anwar Ibrahim akan berada didalam penjara kerana telah disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari. Karpal Singh pula menyusul kerana terlibat dengan kes mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.Jika sabit kesalahan karpal juga akan pasti turut berlayar bersama-sama Anwar selama tiga tahun serta denda sebanyak RM5000 ringgit. 

Anwar bijak mengatur langkahnya. Sekiranya Wan Azizah menang didalam PRK Dun Kajang yang akan berlangsung pada 23-03-2014 nanti dirinya sudah pasti akan tidur dikamar lokap selama 5 tahun lamanya,jika Wan Azizah menang sudah tentu kerusi tersebut Wan Azizah sudah ready untuk lepaskan kepada Anwar ibrahim kembali selepas Anwar layak untuk bertanding. Maka atas sebab itu lah mengapa Wan Azizah dipilih sebagai calon gantian dirinya. 

Anwar Ibrahim membuat keputusan tersebut setelah mendapat tahu keputusan pemilihan yang dibuat sewaktu di konvensyen PKR di Klang baru-baru ini telah menyenaraikan 3 nama yang layak untuk bertanding iaitu Rafizi , tony phua dan dzulkifli Ahmad adalah bukan calon yang berada didalam senarainya. Malah nama Azmin Ali juga tidak dipilih untuk dilantik sebagai calon gantian bagi dirinya.

Wan Azizah Paksa Rela. 

Bersambung .....  







Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: