.

Apakah Maksud Amerika Sebenar Didalam Usaha Mencari MH370

Airbone Laser USAF Jentera Perang Terbaru Amerika

Boeing 747-400F Airbone Laser milik ketenteraan Amerika Syarikat telah siap sepenuhnya ada tahun 2004.Penglibatan Syarikat Boieng didalam membina pesawat tersebut menjadi tanda tanya kepada penulis Adakah ianya berkenaan dengan isu MH370 milik MAS yang dilaporkan hilang sejak sebulan lebih yang lalu. 

YAL-1 itu adalah nama spesifik pesawat ciptaan boeing tersebut. Dengan berbekalkan senjata berbentuk lazer berkuasa tinggi pesawat tersebut telah siap diuji penerbangannya pada tahun 2007.

Pada tahun 2010 sekali lagi pesawat milik tentera Amerika tersebut diuji.Sejenis lazer berkuasa tinggi telah digunaan oleh pesawat tersebut untuk memusnahkan apa sahaja objek yang memintasnya. Namun usaha kali pertama menggunakan senjata tersebut menemui kegagala sehinggalah membawa kepada bulan seterusnya dan akhirnya senjata lazer tersebut berjaya dengan ujian yang telah dijalankan.



Amat menjadi kemusykilan sekiranya setelit milik ketenteraan Amerika tidak mampu mengesan sebuah pesawat komersial seperti Boeing 777 MH370 milik MAS yang melintasi ruang udara Diego Garcia sebelum dilaporkan hilang dan berakhir di Lautan Hindi.

Pelbagai usaha telah pun dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk terus mencari pesawat dan kotak hitam yang akan menghamburkan pelbagai cerita dan menghapuskan semua spekulasi yang wujud.Usaha ini tidak boleh dipandang sebagai usaha yang sia-sia kerana jika tidak dipandang sebagai usaha haruslah dipandang dari sudut kebertanggungjawaban pemimpin negara keatas insiden yang menimpa negara..

Didalam isu MH370 ini,tidak ada yang TIDAK MUSTAHIL akan berlaku. Pelbagai spekulasi wujud sejak dari hari pertama pesawat MH370 milik MAS itu dilaporkan hilang dari pusat kawalan dan radar. Agak mustahil jika sebuah pesawat komersial dilengkapi dengan system anti-radar.Ianya agak MUSTAHIL dan tak pernah ada dan wujud sepanjang penciptaanya oleh syarikat gergasi seperti boeing.

Pelbagai persoalan mula timbul, JIKA MELETUP dimana bangkainya , JIKA DIRAMPAS , ANGKARA SIAP ? Jika HILANG , KEMANA PERGINYA ? SIAPA KAH DALANG BERTOPENGKAN SYAITAN disebalik kejadian ini semua ? APakah Maksud sebenar kejadian ini semua? dan pelbagai lagi persoalan yang pelabagai akan timbul.

APakah maksud tersirat yang bersembunyi disebalik penciptaan pesawat yang mempunyai tenaga senjata lazer ini? Adakah ianya hanya utk memperlihatkan kecanggihan senjata yang dimilik oleh Amerika Syarikat atau ianya ada berhubung kait dengan kes hilangnya pesawat MH370 milik MAS yang telah dilaporkan sejak sebulan lebih yang lalu.

Peluang untuk menemui kotak hitam milik pesawat MH370 Boeing 777 semakin hari semakin tipis kerana bateri pada kotak hitam tersebut akan habis tenganya. Jika mengikut laporan pakar-pakar mengenai kotak hitam tersebut,kini, tenaga bateri pada kotak hitam tersebut telah pun habis kerana ianya mampu bertahan hanya sebulan sahaja.

Namun usaha untuk mencarinya masih diteruskan oleh pasukan SAR yang disertai oleh 26 buah negara dengan menggunakan teknologi dan kepakaran yang mereka punyai bagi meneruskan usaha membantu negara mencari kotak hitam bagi mengetahui apakah punca sebenar pesawat tersebut hilang dari udara dan gagal untuk dikesan.

 Nantikan pendedahan seterusnya melalui sumber2 tertentu. 










Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: