.

Apakah muslihat sebenar Anwar disebalik penarikan dirinya daripada bertanding


Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden PKR.

Penarikan diri itu membolehkan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail memenangi jawatan itu tanpa bertanding.

Pada 11 April lalu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan bertanding jawatan Presiden Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang akan diadakan pada Mei ini.

Pertandingan tersebut disahkan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul pada sidang media calon pemilihan Keadilan 2014.

Wan Azizah yang sudah memegang jawatan itu selama 15 tahun bakal bertanding dengan Anwar yang kini sedang menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas disabit kesalahan meliwat.

Pergolakan 2 kuasa dalaman PKR 

Dua (2) kumpulan besar didalam PKR satu kumpulan yang inginkan Anwar Ibrahim terus menyandang jawatan sebagai Ketua Umum PKR dan satu kumpulan lagi adalah kumpulan yang PRO-kepada Anwar Ibrahim yang menginginkan Anwar Ibrahim terus menyandang jawatan sebagai Presiden parti tersebut kerana sumbanganya terhadap parti PKR terlalu banyak.

Melalui sumber yang diterima (Kongres Nasional Khas 2013) lagi menyatakan bahawa jawatan yang disandang Anwar Ibrahim pada hari ini adalah jawatan yang tidak wujud didalam undang-udang penubuhan parti tersebut. Jawatan Ketua Umum PKR itu juga tidak akan berada didalam usul yang telah siap dirangka oleh Azmin Ali dan siap untuk dibentangkan kepada ROS.

Ini menyebabkan Anwar Ibrahim semakin berada dipersimpangan untuk membuat keputusannya sama ada untuk meneruskan hasratnya untuk bertanding kerusi Presiden PKR atau pun beliau mengambil langkah selamat untuk mengumumkan penarikan dirinya daripada untuk terus bertanding seperti mana yang telah diumumkan oleh Datuk Johari Abdul Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR hari ini.

Azmin Ali dan Penyokong.

Seawal pengumuman yang dibuat oleh Anwar Ibrahim untuk turut bertanding kerusi Presiden Parti KeAdilan Rakyat lalu,Anwar Ibrahim telah dimaklumkan secara dalaman dan sulit bahawa Azmin Ali akan turut bertanding bagi merebut kerusi tersebut. Oleh kerana Anwar Ibrahim menyedari bahawa sokongan padu yang dimiliki oleh Azmin Ali didalam parti reformasi tersebut, Anwar tidak berfikir panjang lagi untuk terus mengambil keputusan agar dirinya juga turut bertanding bagi kerusi presiden tersebut yang bertujuan menghalang Azmin Ali yang akan dipertandingkan dan berentap sengit dengan Wan Azizah dan anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Ezzah.

Setelah Anwar Ibrahim membuat pengumam tersebut Azmin Ali telah membuat U-Turn untuk tidak meneruskan hasratnya untuk terus bertanding kerusi Presiden PKR kerana Azmin sedar bahawa sokongan terhadap Anwar Ibrahim didalam parti KeAdilan Rakyat adalah terlalu kuat dan sukar untuk di tumbangkan.






Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: