ASTRO AWANI - Temubual eksklusif bersama Kapten Nik Huzlan menjadikan rating bagi berita dan temubual sesama bersama bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain ketika dijemput Astro AWANI untuk mengulas transkrip penuh yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan pada 1 April.
Delay:
Dokumen yang asli adalah direkodkan didalam tape audio dan akan disimpan mengikut prosedur perundangan bagi penyimpanan rekod rasmi sekiranya melibatkan kajian dengan apa yang berlaku,seperti contoh kes kehilangan MH370 ini.
Pertama sekali pusat penyimpanan rekod transkrip perlu melalui pelbagai tapisan dan kajian terutama sekali untuk mencari rekod penyimpanan diantara ATC dan penerbangan MH370 sebelum waktu berlepasnya pesawat tersebut sebelum dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan ATC di Malaysia pada 08 Mac 2014 jam 01.19:29 pag.
Ini adalah penyebab mengapa rekod tersebut lewatt dikeluarkan oleh pusat penyimpanan rekod tersebutkerana menjaga privasi kepada rekod hubungan diantara pesawat-pesawat lain bersama ATC di Malausia.
“Tiada yang pelik di dalam transkrip penuh komunikasi di antara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pusat kawalan udara.”
Nik Huzlan berkata berkemungkinan transkrip berkenaan lambat disiarkan kerana ia perlu ‘dibersihkan’ terlebih dahulu.
“Biasanya pusat kawalan udara sangat sibuk, pelbagai pesawat akan menggunakan radio seperti China Airline atau Japan Airline.
“Jadi sebelum ianya disiarkan, ia perlu dikenalpasti dan dibersihkan agar hanya perbualan MH370 sahaja yang diambil, yang tidak relevan tidak perlu disiarkan” katanya.
Secara terperinci, Nik Huzlan menerangkan makna perbualan juruterbang dan pusat kawalan udara bermula di ATC Delivery dan Lumpur Ground.
“Biasanya sebelum pesawat terbang, pembantu juruterbang akan mengawal radio dan juruterbang akan mengemudikan stereng pesawat.
“Jadi suara di sini adalah suara pembantu juruterbang” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nik Huzlan kurang pasti siapa yang bercakap di radio pada waktu pesawat MH370 memulakan penerbangan.
“Selepastake off,kita tidak dapat pastikan siapa yang bercakap kerana kadangkala juruterbang dan pembantu akan bergilir tugas.
“Ini adalah perkara biasa kerana mungkin ingin memberi peluang kepada pembantu menimba pengalaman menjadi kapten atau mungkin bergilir kerana banyak penerbangan yang telah dilakukan dalam sehari oleh juruterbang” jelasnya.
Nik Huzlan turut menerangkan mengenai perkataan“err”pada jam 12:42:48 yang merupakan suatu lumrah jika tersalah cakap.
“Biasalah jika banyak menerbangkan banyak pesawat, nombor pun boleh tersasul, saya tidak nampak ada masalah di sini” katanya lagi.
Di akhir ulasan,Nik Huzlan turut menyelar pelbagai tuduhan dan publisiti yang tidak baik mengenai Kapten Zaharie Ahmad Shah.
“Ya, siasatan perlu dilakukan secara menyeluruh, namun berita mengenai pergolakan rumah tangga sama ada ia benar atau pun tidak, adalah sangat peribadi dan tidak wajar disebarkan.
Jika benar pesawat terhempas dan beliau tidak selamat, ini merupakan suara terakhir dari beliau” katanya mengakhiri perbincangan.
Transkrip penuh komunikasi di antara pesawat MH370 dengan kawalan trafik udara Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment