.

HARUS BACA !!!!! MH370 ELAK DIKESAN - INDONESIA !!!!


Laporan data radar yang diterima daripada radar tentera republik itu di Sabang, Aceh, tidak mengesan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang berkemungkinan telah terbang di ruang udara wilayah itu.

Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro berkata "Saya telah menerima laporan itu, sistem radar pertahanan udara di Sabang adalah sangat kuat, tetapi ia tidak kesan pesawat itu ," katanya kepada pemberita yang dipetik oleh agensi berita Antara.

Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam berjalanannya ke selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia yang  dipetik dari laporan agensi berita CNN.

Kesimpulan itu dicapai oleh kumpulan penyiasat setelah mengkaji data radar dari negara jiran itu.

Laporan yang sama turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.

Tambahnya, pesawat itu mungkin  sengaja  terbang  di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.

Sementara itu, isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini.

Houston berkata isyarat berkenaan ‘konsisten’ dengan kotak hitam dari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

Katanya lagi, selain kapal Haixun, kapal perang Australia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China.








Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: