Heboh serata Malaysia membaca, bercerita , menjadi penyampai dan penyebar berita-berita aib mengenai diri seseorang contohnya seperti cerita-cerita aib artis yang melibatkan kes tuntutan cerai isteri bekas pemain gitar terkenal tanah air ini.
Sudah dua hari penulis melihat cerita mengenai hubungan rumah tangga Sham kamikaze menghiasi laman-laman sosial terutama sekali penggemar blogging dan facebookers di Malaysia.
Kenyataan yang dibuat oleh isteri Sham kamikaze secara jelasnya adalah bertentangan dengan agama islam. Apakah motif sebenar kenyataan dan pendedahan tersebut dibuat sehingga mendapat rating dan hitting yang tinggi di kalangan pembaca dunia hiburan terutama sekali apabila ianya melibatkan kes rumah tangganya sendiri serta arti popular seperti Sham Kamikaze.
Sila rujuk berita penuh berkenaan dengan isu rumah tangga dan serangan peribadi bekas isteri Sham yang sengaja menceritakan aib bekas suaminya dikhalayak.
Ini pula jawapan yang diberikan oleh Sham Kamikaze melalui laman sosial miliknya sendiri
Didalam kes ini , seharusnya tidak berlaku perbuatan seperti membuka aib orang lain walaupun bekas suami sekalipun kepada khalayak ramai. Jangan terlalu memikirkan diri sendiri kerana marah dan geram yang teramat sangat,maka langkah untuk bercerita buruk berkenaan diri seseorang bukan lah jalan yang terbaik.
Malah ianya akan menghasilkan sesuatu yang lebih buruk lagi iaitu fitnah. Hal ini ada diceritakan di dalam Al-Quran. Penulis tidak bermaksud untuk menyebelahi sesiapa,tetapi mengikut logika akal dan ajar agama kepada kita hamba Allah yang sememangnya tidak akan pernah sempurna kejadianya,maka atas kesedaran itu lah penulis merasakan hal ini tidak perlu diceritakan. Ini adalah hal dalam rumah masing-masing atau dalam erti kata lain hal "DALAM KAIN" masing-masing.
0 comments:
Post a Comment