.

[TERKINI] PELANCONG CHINA DICULIK-SABAH !!!!!!



Pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan operasi besar-besaran di sepanjang sempadan laut dekat selatan Filipina untuk memburu kumpulan lelaki bersenjata yang membawa lari dua wanita yang terdiri daripada seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina dari sebuah resort di Semporna pada Rabu.


Pegawai keselamatan mengesahkan bahawa mereka sedang menyemak semua kemungkinan laluan yang digunakan kumpulan lelaki bersenjata untuk melarikan diri selepas menculik seorang wanita dari Shanghai berusia 29 tahun dan seorang pekerja resort warga Filipina , Marcy Dayawan @ Mimi dari resort Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum, Semporna, kira-kira pukul 10.30 malam Rabu.



Operasi pintasan telah dilancarkan oleh pasukan keselamatan bersama rakan-rakan di selatan Filipina.



Beberpa sumber memberitahu The Star bahawa pasukan keselamatan di kedua-dua belah sempadan bagaimanapun belum menerima sebarang maklumat daripada mana-mana kumpulan.



Kumpulan lelaki bersenjata dipercayai berjaya menyelinap masuk ke kawasan rantaian pulau Tawi Tawi di selatan Filipina dalam keadaan gelap.



Penculikan pada Rabu berlaku sehari selepas ulang tahun pertama penubuhan Esscom berikutan pencerobohan Kg Tanduo di Felda Sahabat 17 Lahad Datu pada Februari tahun lepas.



Penculikan dengan gaya serupa dengan kejadian pada Rabu berlaku pada 15 November tahun lalu di resort di Pulau POM POM di Semporna, di mana ahli perniagaan Taiwan Li Min Shu, 58, terbunuh dan isterinya Chang An Wei, 57, diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata.



Chang kemudiannya dibebaskan 36 hari kemudian selepas wang tebusan yang tidak diketahui jumlahnya dibayar melalui rundingan dengan lelaki bersenjata yang menawannya di dalam kubu kuat Abu Sayaff di Jolo selatan Filipina.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: