Adakah kita (China) terlalu semborono memulakan boikot terhadap Malaysia? Jangan bercakap tentang boikot lagi kerana sebelum ini pun kita tidak mampu memboikot Jepun secara berkesan walaupun mereka membunuh beratus juta rakyat kita. Begitu juga orang Vietnam dan Indonesia yang membunuh beratus ribu orang Cina, kenapa saya tidak melihat mana-mana artis memboikot mereka atau produk negara mereka?
Baiklah,jika anda semua berpendapat bahawa kerajaan Malaysia membunuh 153 penumpang China,maka mereka juga telah membunuh 38 rakyat negara mereka sendiri dan rakyat lebih 12 negara lain.
Baiklah, mari kita boikot negara Malaysia yang merupakan negara pertama Asia Tenggara yang mewujudkan hubungan diplomatik dengan China.
Marilah kita memboikot Malaysia yang secara konsisten menolak hasrat tentera AS untuk membina pangkalan mereka dengan tujuan mengunci kelangsungan China ( strategi tentera) dalam garisan kepulauan dan kuasa di Laut China Selatan.
Mari boikot negara ini yang sempadan Kepulauan Spartly yang ditentukan oleh China hanya 80km di luar pantai mereka, namun satu-satunya negara yang tidak membuat apa-apa bantahan.
Mari boikot negara ini yang secara konsisten menentang Filipina dan Vietnam yang mahu membawa konflik di Laut China Selatan untuk perhatian dunia.
Mari boikot negara ini yang menderma kepada China untuk menentang Jepun(semasa Perang Dunia Kedua) yang berjumlah satu pertiga daripada keseluruhan perbelanjaan ketenteraan.
Mari boikot negara ini yang menyumbang 3000 mekanik dan pemandu kereta semasa peperangan kita(China) dengan Jepun.
Mari boikot negara ini yang membolehkan lebih 5 juta orang Cina mengekalkan kebudayaan, bahasa dan agama mereka di negara mereka.
Baiklah, mari kita semua bersatu dan berpendirian untuk memboikot negara ini yang baik dan bagus terhadap China.
Tadi saya melihat komen rakan saya yang bekerja sebagai seorang wartawan di Weibo (lama sosial umpama twitter).Dia berkata, sebaik sahaja anda mencapai tahap patriotik tertentu, apa-apa perkara yang tidak masuk akal akan kelihatan munasabah. dan perkataan patriotik ini telah mengundang lebih banyak mudarat. Sikap warga kita (China) kadang kala boleh ditertawakan.
0 comments:
Post a Comment