.

MH370-Malaysia Dan Pengajaran Yang Diperoleh Dengan Kehilangan Pesawat

Mengakui terdapat beberapa kelemahan yang akhirnya di perakui sendiri oleh Dato'Seri Najib Tun Razak melalui artikelnya yang bertajuk Malaysia dan pengajaran yang diperoleh dengan kehilangan pesawat menyatakan bahawa kesilapan dan lemahan tersebut tidak boleh berulang kembali.

Dengan memulakan nukilan artikelnya bermula dengan kronologi kehilangan pesawat milik MAS MH370 dilaporkan hilang dari radar pada 8 mas 2014 lalu kejadian di bawah penyeliaan beliau sebagai Perdana Menteri,  yang disifatkan sebagai "aneh " dan " tidak pernah berlaku sebelum ini "

Pujian yang diberikan terhadap gabungan 26 buah negara yang turut membantu didalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 diberikan secara terbuka dan ikhlas hatinya sebagai seorang pemimpin nombor satu negara.

Bukan lah kecil pencapaian yang dapat digarap oleh sebuah negara yang kecil seperti Malaysia bagi mengatasi sensitiviti diplomatik dan tentera dan menggabungkan 26 negara yang berbeza untuk bersama-sama berganding bahu dalam operasi pencarian antara yang terbesar di dunia.

Najib juga mengakui hakikat bahawa terdapat kekeliruan yang besar terutamanya apabila pesawat didapati  hilang serta-merta di ruangan udara dan  kawalan trafik udara dua negara dan ianya mengambil pengawal trafik udara empat jam untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat dan kelewatan ini perlu disiasat dengan terperinci.

Perdana Menteri  menulis " Tiada apa yang boleh mengubah nasib MH370 dan saya berjanji bahawa Malaysia akan terus mencari selama yang diperlukan. Kami juga akan terus memudahkan siasatan supaya kita boleh belajar daripada sebarang kesilapan. Kami telah mengetatkan kawalan keselamatan lapangan terbang, dan menyiasat serta mencari  langkah-langkah terbaik untuk meningkatkan keselamatan . "

Najib menekankan bahawa pengalaman pahit ini yang dihadapi oleh Malaysia dalam era moden tidak boleh dipandang ringan dan Malaysia bukan satu-satunya pihak yang perlu belajar daripada MH370.

Beliau mengakhiri dengan mengatakan "Industri penerbangan global bukan sahaja perlu belajar dari kejadian MH370 tetapi melaksanakannya. Dunia belajar dariAir Francetetapi tidak bertindak . Kesilapan yang sama tidak boleh diulangi"








Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: