.

UPDATE !!! RAJA NAZRIN DITABALKAN MENJADI RAJA PERAK KE-35 !!!!


Alhamdulillah 

Acara perlantikan Duli Yang Maha Mulia Sultan perak yang ke-35 selamat dijalankan di balairong seri Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

Diikuti dengan 86 das tembakan meriam yang menyami usia Almarhum Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur pada 1.30petang semalam.

Ketika ini jenazah Almarhum Paduka Seri Sultan Azlan Shah sedang diiringi menuju ke masjid Ubudiah untuk disembahyangkan sebelum dimakamkan di pemakaman di raja Perak.

Perlantikan Raja Dr.Nazrin sebagai pengganti Almarhum ayahandanya sebagai Sultan Perak diambil kira dari segi pelbagai aspek menerusi majlis raja-raja dan Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang semalam.

Pengumuman yang telah disempurnakan oleh orang Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendehara Seri-Maharaja  Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin tepat pada jam 3.15pm tadi sebelum jenazah Almarhum Paduka Seri Sultan Azlan Shah di bawa ke Masjid Ubudiah bagi upacara sembahyang sebelum di makamkan. 
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: