.

Update !!! Kronologi kes pembunuhan kanak 2 tahun 6 bulan

KUALA LUMPUR: Siti Soffea Emelda kanak-kanak mangsa pembunuhan kejam apabila kepalanya dipenggal dan ditemui oleh orang awam pada 29 mei 2014 berhampiran stesen keretapi Tanah Melayu.

Mangsa yang berumur 2 tahun 6 bulan tersebut ditemui kira-kira pada jam 9 malam didalam keadaan yang masih lengkap berpakaian tetapi kepalanya dipenggal oleh suspek terlebih dahulu sebelum dicampakkan dilokasi dimana mayat kanak-kanak tersebut dijumpai oleh orang ramai.

Polis sukar menentukan motif pembunuhan kejam Siti Soffea Emelda kerana tiada keterangan yang dapat mengaitkan ibu kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan itu dengan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata polis juga tidak dapat mengaitkan suspek dengan bapa mangsa.

"Oleh itu sukar untuk menjuruskan kepada penentuan motif pembunuhan kanak-kanak malang ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Gan berkata kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya minggu depan bagi menentukan tindakan lanjut.

Siasatan dibuat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Mayat suspek yang dikatakan terjun ke dalam Sungai Klang selepas membunuh kanak-kanak itu ditemui terapung di sungai berhampiran plaza tol Sunway pada 31 mei lepas.

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: