.

HARUS BACA !!!! TITAH SULTAN SELANGOR HAL POLITIK NEGERI SELANGOR !!!





Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat mengingatkan semua pihak bahawa baginda mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju negeri itu bagi memastikan rakyat berada dalam aman serta maju, dan bukan sekadar menghadiri istiadat.

Baginda bertitah, oleh kerana tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan institusi raja sekadar lambang tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Titahnya, terdapat ahli politik yang sengaja tidak mahu memahami peranan dan kuasa institusi raja kerana mereka mempunyai agenda lain.

"Beta adalah Sultan yang memerintah negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas beta amatlah berat untuk memastikan rakyat dapat menikmati hidup berkualiti dan pembangunan negeri yang sempurna," titah baginda pada majlis angkat sumpah 10 Exco Kerajaan Selangor yang baharu di Istana Alam Shah di sini, petang Jumaat.

Sultan Selangor turut bertitah bahawa baginda tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri yang dijalankan oleh menteri besar.

"Beta hanya menasihatkan menteri besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat," titah baginda.

Sementara itu, Sultan Selangor menyeru semua Exco yang baharu dilantik supaya memberi sokongan padu kepada Menteri Besar, Azmin Ali.

Baginda juga mengingatkan supaya Exco menumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Selangor yang telah memberi mandat sebagai wakil rakyat mereka.

"Parti-parti yang diberi mandat untuk memerintah Selangor akan dapat berkerjasama untuk mentadbir kerajaan negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

"Rakyat menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada," titah baginda.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: