.

KHAS PRK DUN PENGKALAN KUBOR : KERAJAAN PUSAT BERI SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA USAHANYA !!!!

Usaha bekas anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang membawa pelbagai pembangunan di kawasan ini, berjaya menarik perhatian kerajaan pusat dan menjadi contoh bagaimana seorang wakil rakyat menjalankan tugas dengan baik.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, selama tiga penggal menjadi wakil rakyat di kawasan itu, Allahyarham Noor Zahidi telah membawa pelbagai pembangunan bernilai ratusan juta ringgit yang memberi manfaat kepada penduduk.

"Antara pembangunan tersebut termasuk jalan raya, masjid, sekolah, Maktab Rendah Sains MARA, projek penapisan air, tebatan banjir dan lain-lain.

"Kita kerajaan pusat boleh terus membangunkan kawasan ini, tetapi kita memerlukan wakil rakyat yang memahami hasrat dan aspirasi kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sembang santai belia di Telok Jering, Pengkalan Kubor, di sini, lewat malam Jumaat.

Katanya, bagi menjayakan hasrat kerajaan untuk meneruskan pembangunan di situ, bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat Mat Razi Mat Ail dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor kerana beliau merupakan individu yang paling layak meneruskan usaha Allahyarham Noor Zahidi.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, PAS perlu berhenti menabur fitnah dan menyerang peribadi Mat Razi dalam kempen dan meminta parti itu berpegang kepada ajaran Islam.

Beliau berharap pengundi di Pengkalan Kubor tidak terpengaruh dengan fitnah PAS yang dilihat terdesak dan dapat membuat keputusan bijak pada hari mengundi pada 25 Sept nanti.

PRK Pengkalan Kubor itu diadakan berikutan kematian Allahyarham Noor Zahidi pada 20 Ogos lepas.

Pada PRK itu, calon BN Mat Razi akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

Sumber : http://infomediakelantan.blogspot.com/
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: