.

PAS tanam kebencian seawal umur dibangku sekolah

Gambar yang diperoleh dari sumber media sosial

Menjadi trending kepada parti PAS apabila melibatkan kanak-kanak di dalam berkempen mahupun menghadiri perhimpunan-perhimpunan haram yang dianjurkan oleh mereka sendiri. 

Secara jelasnya, PAS sedang memupuk rasa kebencian terhadap kerajaan Malaysia didalam jiwa anak-anak kecil. Sedangkan mereka sendiri menyedari bahawa ianya adalah salah dari segi perundangan Malaysia,kerana melibatkan kanak-kanak didalam penglibatan politik mereka di Malaysia.

Demikian lah yang terjadi didalam kempen pilihnaraya kecil di Dun N.o1 Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan. Kanak-kanak mengikbarkan bendera parti serta ikut sama berarak sambil melaungkan perkataan yang tidak sepatunya mereka keluarkan dari mulut mereka seperti UNDUR UMNO, HIDUP PR , dan sebagainya. 

Seharusnya penyokong-penyokong parti politik tidak perlu melibatkan anak-anak mereka didalam aktiviti kepartian mereka. Ini memberikan impak yang sangat buruk kepada pemikiran anak-anak itu sendiri. 

Sedangkan, anak-anak mereka sendiri sedang menimba ilmu di dalam sekolah bantuan penuh kerajaan pusat yang ditadbir oleh parti Barisan Nasional. Sungguhpun terdapat percanggahan pendapat dikalangan ibu dan bapa mereka , namun kerajaan tidak pernah mengenepikan apa sahaja bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada anak-anak mereka walaupun ibu dan bapa mereka berlainan fahaman politik.








Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: