.

GEMPAR !!! 5 ADUN PKR KELUAR PARTI


TalkWithHand  : Pergolakkan dalaman Pakatan Rakyat (PR) hari ini umpama "Retak Menanti Belah" apabila dikhabarkan pertemuan sulit yang telah diaturkan oleh Khalid Ibrahim menteri besar Selangor bersama Tuan Guru Hj.Hadi Awang di Jakarta adalah bagi membincangkan misi baru PAS untuk menawan pentadbiran Negeri Selangor.

Menurut beberapa laporan sumber menyatakan satu perjumpaan rahsia antara Khalid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini, Tan Sri (Khalid) memang ada mengadakan perjumpaan bersama Hadi di Jakarta semalam.

“Namun untuk pengesahan ada baiknya ia disahkan oleh Tan Sri sendiri apabila dia pulang esok” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurutnya dalam pebincangan itu ada 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR yang akan mengumumkan untuk ‘melompat’ sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid.

“Dengan sokongan Pas dan Umno ditambah dengan beberapa orang Adun dari PKR itu, Tan Sri dijangka bakal memperolehi mojoriti mudah.

“Usul mengenainya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa yang terdekat bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk” ujarnya lagi.

Keretakan yang berpunca daripada cadang perlaksaan hukum hudud oleh pentadbiran Negeri Kelantan baru-baru ini , adalah menjadi titik mula perpecahan PAS bilamana PASMA ditubuhkan sekaligus ianya menggambarkan PAS cuba ditadbir oleh rakan sekutunya DAP dan PKR.

Ditambah lagi, apabila Presiden parti PAS Hj.Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan kenyataanya yang bersedia untuk meninggalkan PR sekiranya cadangan perlaksaan hukum tersebut mendapat tentangan dari rakan sekutunya.

 


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: