.

"THE CRISIS " KRONOLOGI ISU JAMBATAN BENGKOK


KRONOLOGI ISU ‘JAMBATAN BENGKOK’


5 Julai 1996:Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencetuskan idea untuk merobohkan Tambak Johor yang menjadi pintu masuk selatan negara dan diganti dengan sebuah jambatan baharu.

8 Julai 1996:Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh Chok Tong menganggap cadangan Malaysia untuk menggantikan Tambak Johor dengan jambatan baharu tidak mengejutkan republik itu.

1 Ogos 1996:Mahathir umumkan jambatan baharu bagi menggantikan Tambak Johor bakal dibina secepat mungkin setelah mendapat persetujuan Singapura. Namun tiada perjanjian secara rasmi dimeterai.

31 Julai 1997:Sebuah perbincangan telah berlangsung di antara Malaysia dan Singapura mengenai pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan Tambak Johor.

4 September 2001:Kedua-dua negara bersetuju dengan cadangan tambahan Malaysia berhubung pembinaan jambatan baharu yang dianggarkan siap pada tahun 2007.

13 Jun 2004:Malaysia yang telah memulakan kerja-kerja pembinaan fasa awal kemudiannya menghentikan sementara pembinaan bagi membolehkan rundingan lanjut dibuat dengan Singapura.

24 Januari 2005:Keputusan untuk membatal atau meneruskan pembinaan jambatan bernilai RM2 bilion itu terus berlarutan dan bergantung kepada hasil rundingan dengan Singapura.

27 Ogos 2005:Tiada kata putus dibuat oleh Singapura berkaitan projek berkenaan, namun Malaysia bertegas mahu meneruskannya.

6 Februari 2006:Singapura sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk meneruskan pembinaan jambatan tersebut tetapi meletakkan dua syarat iaitu menjual pasir kepada republik itu dan membuka ruang udara Johor untuk keperluan latihan jet pejuangnya.

9 Mac 2006:Malaysia meneruskan kerja-kerja awal pembinaan jambatan bengkok atau ‘Jambatan Indah’ berikutan Singapura tidak memberikan kata putus mengenai projek jambatan lurus.

Seni bina jambatan bengkok itu lebih tinggi dan membolehkan kapal-kapal kecil melepasinya namun Singapura enggan berkompromi dengan konsep itu.

12 April 2006:Perdana Menteri selepas Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi memutuskan bahawa Malaysia menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.



“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan pasir dan ruang udara. Kerajaan juga membuat keputusan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit jambatan tersebut.”~ Tun Abdullah Ahmad Badawi, 12 April 2006.

Isu jambatan bengkok kini bukan lagi sebuah isu yang baru diperdebatkan sehingga ianya terkesan antara dua pemimimpin negara. Bekas perdana menteri Tun Dr.Mahathir merasakan bahawa jambatan tersebut amat penting kepada negara selepas Malaysia kalah didalam kes perebutan Pulau Batu Putih.

Semuanya bercetus daripada perbezaan pendapat dan kritikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jambatan bengkok atau dalam perancangan mahu dinamakan sebagai Jambatan Indah merupakan struktur jambatan sepanjang 1.4 kilometer yang diimpikan bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang sudah digunakan sejak tahun 1923.

Idea pembinaan jambatan lurus telah dicetuskan dan kemudian diubah menjadi 'bengkok' kerana Singapura tidak mahu mengubah struktur penghubung di sempadan negaranya.

Persetujuan Singapura pada awalnya tentang projek tersebut dikatakan diberikan secara ‘tidak rela hati sepenuhnya’ dan dilakukan hanya sekadar berdasarkan pendekatan berpakej.

TIADA PERJANJIAN


Walau apapun yang didebatkan mengenainya, sebenarnya tidak ada sebarang perjanjian yang ditandatangani oleh Malaysia dan Singapura mengenai pembinaan jambatan bengkok tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Peguam Negara Malaysia mendapati bahawa Malaysia tidak boleh membina jambatan berkenaan secara bersendirian (unilateral) kerana terikat dengan Perjanjian Air Johor-Singapura, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan 1965.




Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-yang-kita-tahu-tentang-jambatan-bengkok-57824?cp
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: