Gelagat lima orang makcik-makcik dan seorang budak kecil yang sempat dirakam oleh kamera litar tertutup di sebuah premis yang menjual pakaian dan peralatan sukan di Sabah hari ini menjadi viral di laman facebook dan media sosial.
Modus operandi mereka adalah bergerak secara berkumpulan dengan mengenakan pakaian bertudung labuh , ibu mengandung , lagak sebuah keluarga dengan membawa anak kecil
yang berumur diantara 6 ke 7 tahun dan berlagak seperti orang kaya .
Berdasarkan maklumat yang dimuat naik di laman sosial, kejadian dikatakan berlaku pada 1 Jun 2015 lalu, di premis Sportmat, Tawau.
Melalui rakaman, kelihatan suspek menggunakan taktik ‘sorok barang celah kangkang’ dengan menggumpal pakaian sebelum menyelak dan menyumbatnya di dalam baju yang dipakai.
Sejurus selepas itu, suspek beredar dan di kedudukan yang sama, seorang lagi rakannya melakukan perbuatan yang serupa, serentak dengan seorang lagi yang lain.Tiga daripada mereka kemudiannya beredar keluar dari premis berkenaan.
Sementara itu dari sebuah rakaman di kedai yang sama, seorang wanita dilihat membuka kotak dan kemudian mengepit kotak kasut tersebut di celah kelangkangnya sambil diperhatian oleh seorang budak kecil dipercayai anaknya sendiri.
Pepatah melayu menyatakan "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya, rebah ketanah jua" demikian yang berlaku apabila salah seorang daripada mereka terjerat kerana pakaian yang dicuri jatuh dari celah kangkangnya di hadapan seorang pekerja di premis tersebut.
Suspek bagaimanapun dengan selamba keluar daripada premis tersebut diikuti dengan 3 rakannya yang berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.
0 comments:
Post a Comment