.

IKEA BUANG TELEKUNG WAKAF


Seorang pelanggan "Ikea Damansara" telah memuat naik di laman sosial rungutanya apabila telekung yang di wakafkan di surau premis tersebut telah di buang oleh pihak pembersihan premis tersebut tanpa mengetahui apakah sebab telekung tersebut dibuang.

Menurut pengadu tersebut, beliau telah mewakafkan 3 pasang set telekung yang bertulis perkataan "WAKAF" pada bulan may 2015 lalu untuk keguaan orang ramai yang beragama islam di surau Ikea Damansara tersebut.

Namun apabila beliau kembali ke surau tersebut selepas sebulan,beliau mendapati telekung yang diwakafkan tersebut telah tiada dan dibuang oleh pihak pembersihan premis tersebut dengan alasan "KOTOR".

Terdapat beberapa maklum balas melalui komen yang diberikan, seharusnya telekung tersebut memerlukan penjagaan yang baik serta pengguna yang menggunakan telekung wakaf tersebut perlu menjaga kebersihan telekung yang telah diwakafkan tersebut.

Ada juga yang menyatakan, "kalau telekung pun tak reti nak jaga kebersihan, aggota badan yang lain macam mana lah agaknya ", demikian komen yang diberikan oleh pembaca rungutan tersebut. 

"Moral of the story" kalau dah pakai tu pandai-pandai la jaga kebersihan pakai solat tersebut. Jangan la lepas pakai main gantung aje. Kebersihan diri tu perlu la dijaga dengan rapi dan baik.

Nasihat kepada puan yang mewakafkan telekung tersebut, kalau rajin ambil dan basuh la tiap-tiap minggu untuk memastikan pahala wakaf tersebut dapat sepanjang masa. tak susah pun, sekarnag kan dah ada dobi cucian sendiri. 



Share on Google Plus

About Najwa Kipidap

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: