Jika di Malaysia wanita yang mempunyai bulu di ketiak dianggap sebagai pengotor dan tidak mementingkan kebersihan diri. Seperti yang kita sedia tahu, punca badan berbau datangnya dari ketiak yang tidak dijaga rapi.
Berlianan pula dengan wanita di China yang mengambil foto ketiak mereka untuk tujuan pertandingan "#WomensArmpitHairCompetition" yang bertujuan agar masyarakat tidak memandang sinis kepada segelintir wanita yang suka mempunyai bulu ketiak.
Pertandingan yang dianjurkan melalui laman Weibo tersebut untuk golongan wanita sahaja tersebut telah diadakan pada 26 Mei lalu dan berakhir pada 26 Jun mendapat penyertaan lebih daripada 30 orang peserta namun ianya mendapat perhatian 1.3 juta nitizen yang membuat pelbagai komen terhadap pertandingan tersebut.
Macam-macam hal berlaku atas dunia ni. Rupanya baru kita tahu amalan mencukur bulu ketiak di China baru sahaja diperkenalkan pada tahun 1990an. Lepas ni bulu apa pula yang nak dipertandingkan dengan menggunakan #hairy.
0 comments:
Post a Comment