.

LARANGAN MENYERTAI PERHIMPUNAN BERSIH 4.0


Masa dan lokasi yang sama , demikian kenyataan yang dibuat oleh penganjur perhimpunan bersih 4 Maria Chin Abdullah yang menolak cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menunda perhimpunan tersebut kepada minggu selepas sambutan hari kebangsaan tersebut.

Namun kenyataan yang diberikan oleh ketua Polis Kuala Lumpur tidak menolak kemungkinan bahawa perhimpunan tersebut adalah sebuah perhimpunan haram apabila tarikh dan lokasi yang dicadangkan bersangkutan dengan sambutan hari kebangsaan.

"Mereka boleh menghantar dokumen itu pada bila-bila masa sebelum tarikh perhimpunan itu diadakan, selepas menerimanya baharu kami akan mempertimbangkan permohonan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Akta Perhimpunan Aman 2012 antaranya memperuntukkan bahawa penganjur perlu memberi notis penganjuran kepada polis selewat-lewatnya 10 hari sebelum acara, dan denda sebanyak RM10,000 akan dikenakan sekiranya gagal berbuat demikian.

Di bawah akta itu, perhimpunan dilarang diadakan dalam lingkungan 50 meter dari tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah.






Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: