.

DARJAH KEBESARAN NAJIB DAN ROSMAH DITARIK BALIK OLEH ISTANA NEGERI SEMBILAN


Keputusan yang mengejutkan dibuat oleh Istana Negeri Sembilan apabila menarik kembali gelaran darjah kebesaran yang membawa gelaran "Datuk Seri Utama dan Datuk Seri" yang telah dikurniakan kepada Najib Razak dan isteriya Rosmah Mansor berkuat kuasa serta merta.

Adakah ini sebagai pertunjuk kepada setiap pertuduhan yang dibuat keatas pasangan bekas perdana menteri ini adalah benar atau sebaliknya.


Menurut pendaftar darjah negeri Dr.Razali Ab Malik penarikan tersebut tidak menyatakan sebabnya secara khusus dan hanya menyebut “keputusan itu bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan institusi diraja di Negeri Sembilan”.

Bagaimanapun penarikan balik darjah kebesaran itu dibuat di tengah-tengah pendakwaan dan siasatan bertali arus terhadap pasangan itu atas pelbagai dakwaan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.

Sementara itu, Razali juga berkata keputusan penarikan balik itu dibuat dalam mesyuarat khas pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat yang hari ini di Istana Besar Seri Menanti.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: