.

Kerana Kemeja Sos Cili MALAYSIA, 15 nyawa Selamat Pulang Ke Tanahair


Nama Malaysia yang terdapat pada logo sos cili yang terdapat pada sehelai T-Shirt salah seorang mangsa banjir empangan Dall di Kashmir,15 nyawa rakyat Malaysia yang terkandas diatas bumbung sebuah hotel di Jammu,Kashmir berjaya diterbangkang pulang ke tanahair.

Farisha Eliana Abdul Hanif,23 , menceritakan semula detik-detik cemas tersebut kepada media.Farisha Elaina berkata hotel tempat mereka tinggal yang berhadapan Empangan Dall, dinaiki air apabila empangan tersebut pecah selepas hujan turun berterusan.

"Kami mengharungi arus deras dan melarikan diri ke atas bumbung untuk menyelamatkan diri.

"Dalam masa yang singkat, air banjir yang mulanya pada paras dada naik sehingga ke bumbung.

"Kami terpaksa memikirkan cara untuk menarik perhatian (pasukan penyelamat) termasuk menggunakan sos cili untuk menulis perkataan 'Malaysia' di atas tuala.

"Kami juga mengantung baju kemeja bercorak bendera Malaysia," katanya ketika ditemui sebaik tiba di KLIA.

Menurut Farisha, mereka kemudiannya diselamatkan menggunakan bot.

Ibu Farisha, Datin Norzam Aini Hamzah, 59, berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menjalankan tugas dengan baik dalam membantu dan menyelamatkan mereka yang terkandas dalam banjir buruk itu.

-Sumber-


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: