13 Sep 2014 : PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.Mengikut rekod kemenangan Barisan Nasional pada PRU 13 lalu Allahyarham berjaya mengalahkan kedua-dua parti lawanya dengan majoriti 1,736 undi.
Pilihanraya kecil pada kali ini juga menyaksikan pertandingan 3 penjuru bilamana calon bebas Izat Bukhary kembali untuk bertanding semula di DUN Pengkalan Kubor. Izat Bukhary yang tiba di perkarangan Pejabat Tanah Daerah Tumpat sekitar jam 8.00 pagi tadi.
Calon PAS Wan Rosdi yang tiba di perkarangan Pejabat Tanah Daerah Tumpat bersama-sama penyokong dan di iringi dengan Samsul Iskandar dan Tian Chua dari parti PKR tiba di perkarangan pada jam 8.35 pagi.
Berikut adalah perkembangan semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang berlangsung di Pejabat Tanah Dan Jajahan di sini, Sabtu:
10 pagi - Pegawai pegurus pilihan raya Mohd Sobri mengumumkan masa penerimaan borang pencalonan telah tamat.
9.45 pagi - Nik Aziz meninggalkan pusat penamaan calon.
9.40 pagi - Khemah PAS dikerumumi media apabila TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan tertinggi UMNO /BN hadir untuk bersalaman dengan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
9.05 pagi - Ketiga-tiga calon masuk ke pusat penamaan calon untuk menyerah borang. Hanya calon, penyokong dan pencadang dibenarkan masuk.
9.01 pagi - Pegawai pengurus pilihanraya mengumumkan borang pencalonan boleh diserahkan.
8.55 pagi - Calon Pas dan pimpinan tertinggi pergi ke khemah calon Bebas dan calon BN untuk bersalam-salaman.
8.53 pagi - Setakat ini hanya tiga calon kelihatan hadir di pusat penamaan calon. ketiga-tiga calon dan penyokong menunggu di bawah khemah sebelum kaunter di bilik gerakan dibuka pada pukul 9 pagi untuk proses pencalonan.
8.50 pagi - Calon BN Mat Razi Mat Ali tiba bersama penyokong-penyokongnya di pusat penamaan calon. Mereka berarak dari Terminal bas Tumpat.
8.28 pagi - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu masuk ke pusat penamaan calon bersama calon Pas, Wan Rosdi.
8.25 pagi - Calon Pas bersama penyokong-penyokong tiba di pusat penamaan calon.
8.05 pagi - Calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary tiba di pusat penamaan calon. Beliau merupakan calon bebas yang bertanding pada PRU13.
7.50 pagi - Ketibaan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.
7.40 pagi - Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim Tiba di Padang Merdeka. Calon dan penyokong Pas dijangka akan mengadakan solat hajat di padang tersebut sebelum berarak ke pusat penamaan calon.
7.35 pagi - Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Idris Jusoh tiba di pusat penamaan calon. Datuk Seri Shahidan Kassim juga kelihatan.
7.30 pagi -Semakin ramai petugas keselamatan hadir untuk mengawasi pusat penamaan calon. Cuaca mendung dan keadaan masih tenang dan terkawal.
7.00 pagi - Jalan utama menuju pusat penamaan calon di pekan Tumpat ditutup untuk laluan awam. Polis trafik mula buat kawalan dan pasukan Unit FRU mula mengambil tempat di hadapan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.
0 comments:
Post a Comment