TWH : Ekoran dari hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana telah disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhary maka secara automatik kerusi Parlimen Permatang Pauh terpaksa dikosongkan.
Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman 5 tahun penjara di Sungai Buloh , secara tidak langsung terpaksa akur dengan ketentuan keputusan mahkamah serta penolakkan petisyen beliau yang dihantar oleh peguamnya bagi mendapatkan pengampunan dari Agong juga turut ditolak sekaligus hilangnya gelaran sebagai ahli parlimen di Permatang Pauh.
Mengikut dari khabar angin yang diterima oleh TWH , Dr.Wan Azizah isteri kepada banduan Anwar Ibrahim akan diletakkan sebagai calon di kerusi tersebut. Namun ianya masih berada didalam peringkat tertinggi Pakatan Pembangkang untuk membuat keputusan terakhir siapakah calon PKR yang akan di jadikan calon bagi kerusi tersebut.
Keadaan politik dalam Pakatan Pembangkang hari ini secara jelasnya akan memberikan kesan terhadap kepercayaan pengundi khususnya penyokong Pakatan Pembangkang ekoran daripada krisis diantara parti komponen pembangkang yang masih berkeras untuk melaksanakan HUDUD.
Seandainya , Pakatan Pembangkang gagal menyusun atur strategi mereka dengan baik , maka ini hanya akan memberik laluan mudah kepada Barisan Nasional untuk menang di kerusi parlimen tersebut.
Seandainya , Pakatan Pembangkang gagal menyusun atur strategi mereka dengan baik , maka ini hanya akan memberik laluan mudah kepada Barisan Nasional untuk menang di kerusi parlimen tersebut.
Dikhabarkan Dato'Seri Ahmad Zahid Hamidi akan dilantik sebagai panglima perang di dalam pilihanraya kecil yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Selaku naib presiden UMNO dan orang lama didalam arena politik , Zahid hamidi adalah bekas penyokong tegar Anwar Ibrahim sewaktu Anwar memegang jawatan Timbalan presiden UMNO satu ketika dahulu.
0 comments:
Post a Comment