.

"PEMBODEK MENGELILINGI PERDANA MENTERI : DR.RIDUAN TEE"

Disaat Perdana Menteri Dato'Seri Najib memerlukan sokongan dan pandangan yang bernas bagi menyelesaikan konflik yang ditimbulkan oleh bekas perdana menteri terhadap dirinya, ramai yang hadir dan menyokong Dato'Seri adalah tergolong didalam golongan kaki bodek.

Dr.Riduan Tee Abdullah menyifatkan senario politik hari ini tidak akan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pemimpin nombor satu negara tersebut. Malahan aktiviti membodek ini hanya akan mengeruhkan lagi keadaan semasa.

Pendawah bebas tersebut menyatakan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlukan sokongan dan teguran yang ikhlas dalam mengatasi kemelut yang berlaku antara beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Politik membodek amat ketara ketika berkuasa. Jarang yang berani kata ‘No’ kepada PM. Boleh dikatakan, semuanya ‘Yes’ belaka. Saya tidak yakin PM mahukan jawapan sedemikian. PM mahukan keikhlasan. Tegur dan beri pandangan dengan ikhlas dan jujur. Bukan melaga-lagakan,” katanya.

Dalam tulisannya, Ridhuan menempelak golongan berkenaan yang dikatakan lebih suka jatuh menjatuh, fitnah menfitnah dan melaga-lagakan antara satu sama lain.

“Tidak cukup dengan Tun, anak Tun, Mukhriz, MB Kedah, turut dimangsa oleh segelintir pemimpin Umno. Mereka mahukan anak Tun menyatakan pendirian sama ada sokong Tun atau PM. Tidak salah jika anak Tun mengambil pendirian menyokong manapun. Apa yang penting, neraca yang digunakan, Islam. Amar makruf, nahi mungkar. Ditakdirkan anak menyokong bapa, tidak perlu cari jalan menyingkirkannya. Berlapang dada,” katanya.

-FMT
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: