TWH : Kekecohan yang berlaku ketika sidang DUN Selangor sedang berlangsung di Dewan Negeri bangunan SUK Selangor pada minggu lalu bilamana wakil kepada guru-guru KAFA Saudara Ekhsan Bukharee yang hadir diperkarangan bangunan dewan tersebut tidak dibenarkan masuk untuk memberikan surat kepada Menteri Besar Selangor Datuk Azmin Ali.
Ekoran dari peristiwa yang menggamatkan suasana sidang , jelas sekali mendapat liputan media yang hadir untuk membuat laporan media sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) berlangsung.
Namun yang pastinya kini , pihak Azmin Ali masih gagal memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut sedangkan rizab kerajaan Negeri Selangor dilaporkan mempunyai berbillion ringgit.
“Saya membawa suara hati guru KAFA lain yang amat mengharapkan kenaikan tersebut dipercepatkan memandangkan ia telah termaktub dalam manifesto kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang sehingga kini masih tidak dilunaskan.
“Kami tak minta gaji mewah…ini soal integriti menteri besar untuk tunaikan apa yang dijanjikan (manifesto). Jika kerajaan PR mengatakan Barisan Nasional sering memberi ‘gula-gula’ kepada rakyat, apa bezanya mereka ini, yang turut jadikan kenaikan elaun sebagai ‘gula-gula’ tetapi tidak tunaikan janji?” katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kerajaan gabungan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam manifesto mereka berjanji untuk menaikkan elaun guru KAFA di Selangor daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.
Namun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi pada Khamis lepas menyatakan pihaknya sedang mengkaji kesesuaian penambahan peruntukan berkenaan yang dibuat semasa PRU-13 itu.
0 comments:
Post a Comment