TalkWithHand : Bekas menteri besar Selangor , Tan
Sri Muhammad Mohd Taib menyatakan hari ini,krisis yang berlaku tidak
menyebabkan Tun Mahathir hilang sokongan serta tidak berseorangan didalam
pendirian beliau.
Sungguhpun sayap-satap parti tersebut menyatakan
sokongan serta menjulang Najib sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan Najib
, ianya masih menjawab persoalan yang diajukan oleh Tun Mahathir kepada Najib.
“Dr
Mahathir bukan sendirian. Majoriti besar mengikuti, dan apa yang ditanya Dr
Mahathir belum dijawab, malah perdana menteri mencari penyokong untuk
menunjukkan kekuatannya.
“Tak ada apa yang nak disorakkan sebenarnya. Saya
rasa majoriti senyap ini memerhati dan mereka mendengar apa yang disuarakan Dr
Mahathir,” kata Muhammad.
Katanya, selama 11 tahun di bawah pentadbiran Dr
Mahathir, bekas perdana menteri itu tidak menegur secara membabi buta
sebaliknya mahu melihat perubahan dan kebaikan.
“Misalnya mata wang jatuh, sukan bola sepak kita
di tangga 164, pelajaran pun jatuh. Kita patut dengar apa yang ditegur Dr
Mahathir.
"Saya lama di bawah Dr Mahathir, 11 tahun.
Dr Mahathir kalau dia tegur sesuatu itu punyai asas. 1MDB, cukai barang dan
perkhidmatan (GST) dan pelbagai lagi isu, mempunyai asas,” katanya.
Dr Mahathir menerusi tulisan di blognya semalam
berkata beliau merasakan dirinya bersendirian dalam mempersoalkan pentadbiran
perdana menteri terutama berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
dan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
2 comments:
TDM diserang...!!!!!!!! Kenapa? Mengapa? TDM tidak menuduh sesiapa cuma yg beliau dan rakyat mahu adalah jawaban kepada persoalan utamanya. Siapa yg arahkan Sirul?? Tapi dijawabnya..x pernah mengenali Altantuya. Mana duit 1MDB?? Tunjukkan bukti dan data2 terkini. Bukannya cerita yg dipinta... Isu jambatan bengkok pulak yg diketengahkan. Pembodek mmg kata isu tersebut sudah x sesuai dimasa kini tapi untuk pelaburan masa hadapan...jambatan tersebut PASTI dapat mempertingkatkan ekonomi negeri Johor dan secara tidak langsung akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
Krisis yang berlaku dipandang seolah Tun M adalah pemecah bangsa , namun perkara ini perlu check and balance sebaiknya . Sekiranya Ds.Najib tidak bertemu dengan Tun , sedah pasti isu ini tidak akan surut . Malah UMNO itu sendiri akan bertambah buruk namanya.
Post a Comment