Tuduhan "PENIPU" oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia terhadap Tun Mahathir didalam penjelasannya berkenaan perletakkan jawatan sebagai Yang Di-Pertua Dewan ternyata adalah benar serta ianya diperakui oleh Amin Mulia sendiri.
Di dalam sidang medianya di parlimen tenghari tadi, beliau menyatakan bahawa, dirinya tidak mengaibkan diri Tun M , sebaliknya Tun Mahathir telah mengaibkan dirinya sendiri dengan mendedahkan perkara sulit yang dibincnagkan oleh mereka didalam pertemuan yang diaturkan oleh pihaknya sendiri.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengaku telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Bagaimanapun, katanya, Najib tidak membuka surat itu dan berjanji untuk menangani rungutannya dan mentransformasikan Parlimen.
Terdahulu Pandikar Amin Mulia telah menafikan tuduhan bahawa dirinya pernah bertemu dengan Tun Mahathir bagi menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatanya kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima olehnya sebagai Speaker Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia.
0 comments:
Post a Comment