Program Pikat Hati Orang Muda !!!
Kerajaan bakal menggunakan sebuah pendekatan baru bagi menghampiri golongan muda khususnya untuk terus membela nasib rakyat di negara ini , kata Tan Sri Muhyiddin Yassin .
Katanya , kerajaan senantiasa mengambil kira kepentingan dan keperluan generasi muda dalma perlaksanaan transformasi yang meliputi ekonomi yang menyediakan banyak peluang pekerjaan bari , politik serta memperkenalkan Dasar Belia Negara.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata, rakyat terutama generasi muda, harus menjadi benteng mempertahankan sistem hidup yang sudah dibina dan dibangunkan selama ini daripada runtuh dengan menentang habis-habisan ideologi serta budaya songsang dibawa puak pembangkang yang akan menjahanamkan negara.
Beliau berkata, pembangkang melemparkan pelbagai tohmahan, pembohongan dan bidaah terhadap kerajaan, termasuk memutarbelitkan fakta mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), serta membawa budaya kebebasan tanpa batasan agama, nilai, etika dan budaya, di samping mempersoalkan banyak peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan yang sudah diterima rakyat selama ini.
“Mereka mahu menjahanamkan negara kita. Tanggungjawab kita sebagai Pemuda BN menjadi benteng mempertahankan negara, inilah cabaran kita hadapi sekarang. Justeru, jangan kita sesekali membiarkan pembangkang menimbulkan masalah dalam negara kita,” katanya.
TWH : Perkara ini perlu diambil berat oleh setiap golongan muda di Malaysia ini. Kerajaan telah merangka apa yang terbaik untuk masa depan mereka tidak kira dari apa bidang sekalipun. Antaranya Ekonomi , politik dan Dasar Belia Negara.
0 comments:
Post a Comment