.

PENDEDAHAN !!!!!!! UMNO HANCUR HASIL KONSPIRASI ANWAR IBRAHIM!!!!!

THE CONSPIRATION PLANNER. 


Mungkin bukan TWH adalah orang yang sepatutnya menceritakan perkara yang berlaku sepanjang penglibatan Anwar Ibrahim dari awal penglibatanya didalam arena politik. Tetapi TWH bersyukur sangat2 ada pihak yang sanggup menceritakan perkara sebenar mengapa Tun Ghafar Baba dijatuhkan. Perkara ini semua terjawap didalam coretan Tun MAhathir didalam bukunya "The Doctor In The House". 

Sememangnya perkahwinan Anwar Ibrahim bersama Wan Azizah mendapat tentangan hebat daripada keluarga Wan Azizah , terutama sekali ayah wan azizah , namun perkahwinan itu terpaksa di redhai oleh ayah wan azizah kerana desakan yang dilakukan oleh Wan Azizah terhadap ayahnya. Bukan itu yang TWH nak dedahkan , tetapi gerakan penipu Anwar raja konspirasi di dalam Malaysia. 



Anwar adalah ahli politik dan pejuang ideologi yang licik dan gemar kepada perbuatan-perbuatan bersifat konspirasi. Semasa dalam ABIM dia begitu mudah mengadakan hubungan dengan negara Libya, Iran dan Arab Saudi. Begitu juga hubungannya dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa. 

Dalam UMNO, hubungan sulitnya dengan agensi-agensi asing berjalan dengan lebih mudah dan luas. Malah kadangkala terkagum dengan beliau yang mampu merancang pelbagai jenis konspirasi demi mencapai matlamat politiknya. 



Lihat sajalah bagaimana Anwar menjatuhkan Datuk Suhaimi Kamaruddin dari jawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu. Tindakan yang serupa diambil untuk memenangi jawatan Naib Presiden. Namun konspirasi terhebatnya adalah menjatuhkan Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden melalui Team Wawasannya. Sebab sebelum itu beliau menafikan dengan bersumpah sesungguhnya bahawa beliau tidak akan mencabar Tun Ghafar. Tetapi akhirnya beliau mewujudkan Team Wawasan untuk menentang Tun Ghafar. 

Itulah ANWAR KONSPIRATOR TERHANDAL DI MALAYSIA. Oleh kerana dia berkonspirasi untuk menjatuhkan musuhnya, maka musuh-musuh politiknya terpaksa berkonspirasi kembali untuk menjatuhkannya. Kalau dia tidak dijatuhkan maka dia akan menjatuhkan musuh politiknya. Ini sudah terbukti. Berapa ramai mangsanya, Suhaimi kamarudin,  Abdullah Haji Ahmad Badawi, Sanusi Joned, Rahim Thamby Chik dan Ghafar Baba.

Semua ini permainan politik dan sandiwara Anwar seperti yang dilakukan oleh Murad Khalid adalah atas arahan dan permainan politik juga namun ianya itu adalah keterlaluan dan di luar batas peraturan dan etika berpolitik.

Dengan melibatkan wang yang banyak siapa boleh menyembunyikannya. Lambat laun akan diketahui juga. Apa yang sedih ialah ia berlaku di kalangan MELAYU. Mungkin bagi Anwar MATLAMAT MENGHALALKAN CARA demi mendapat kuasa. Melayu bergaduh orang lain ambil kesempatan. 

Satu lagi yang paling pelik ialah layanan yang terlalu baik diberikan kepada PUAN SAMSIDAR TAHARIN? Apakah kelebihannya? Adakah kerana suaminya Setiausaha Anwar maka layanan sebegitu diberikan? Jika ya, KRONISME namanya!!!. Pasti perkara ini menimbulkan fitnah dan kecurigaan. Bertambah-tambah pelik pula suaminya AZMIN ALI tidak mencurigai apa-apa? ADAKAH INI KERANA WANG? MATLAMAT MENGHALALKAN CARA!!! 

Namun apa yang hendak dipelikkan. Diri Anwar itu sendiri pun amat pelik orangnya!!!! Dan itulah sebenarnya diri ANWAR BIN IBRAHIM, TOK DALANG KONSPIRATOR TERNAMA MALAYSIA. 
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Bro Ayim said...

Aku setuju dengan apa yang ditulis...cuma tajuknya je yang aku tak setuju...UMNO TIDAK hancur dan tidak akan hancur :)